Assalammualaikum . . .
Cuti umum campur cuti hujung minggu, kesudahan bercuti panjang. Opah Izz dan atok Izz pula ambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Maka tinggallah papa Izz, mama Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz dirumah. Almaklumlah dengan keadaan adik Izz itu, sememangnya tidak boleh kemana-mana lagi buat masa sekarang. Opah Izz ada bercadang membawa along Izz dan angah Izz pulang bersama ke kampung, namun kurang mendapat persetujuan mama Izz kerana kasihankan adik Izz nanti bila dia tiada kawan.
Oklah mereka boleh get along bermain bersama-sama dan along Izz serta angah Izz tidak terlalu berkasar dengan adik Izz. Mereka tahu keadaan adik Izz yang bertiub bagai itu. Adik Izz seperti biasa akan FREE Nutrisi Parenteral (TPN) setiap Sabtu dan Ahad. Jadi peluang adik beradik ini untuk bermain bersama-sama agak banyak. Seronok melihat mereka bergurau senda berkejar-kejaran. Terfikir juga "kalaulah adik Izz sihat sepenuhnya, boleh bawa mereka berjalan-jalan".
Bila nampak adik Izz sedikit lain macam dari biasa, memang ujian gula akan terus dijalankan. |
Bila tiba hari ke-2 tanpa Nutrisi Parenteral (TPN), mulalah dapat lihat sedikit perubahan pada adik Izz. Masih aktif namun sedikit kurang berbanding hari pertama. Jalan juga sudah sedikit goyang, sekejap-sekejap dia duduk. Ah, macam tanda-tanda adik Izz Hypo sahaja. Bila ada tanda-tanda sebegini, perkara utama adalah cek darahnya dahulu. Jika ujian menunjukkan tanda-tanda Hypo, terus berinya susu khas dicampur dengan sesudu Glucose. Dan terus running Gastro through mesin Syringe Pump untuk 3 jam. Sambil itu adik Izz juga akan disuap dengan nestum dicampur Glucose serta diberi minum air Glucose.
Bila ON Gastro dalam keadaan dia Hypo, memang adik Izz kan tido sahaja. |
Habis 3 jam beri susu + Glucose, rehatkan adik Izz selama sejam dan kemudiannya sambung semula dengan proses beri susu + Glucose via Gastrostomy tadi. Begitulah diulang-ulang sampailah adik Izz betul-betul cergas semula. Alhamdulillah, setelah beberapa kali mama Izz bangun malam mengulang-ulang proses berkenaan, ujian gula dalam darah adik Izz meningkat juga. Syukur. Dan semalam tidak perlu dirisaukan sangat kerana adik Izz sudah mendapatkan semula Nutrisi Parenteral (TPN) nya.
Itulah makna cuti-cuti bagi kami!
memang kena pantau selalu kan? semoga adik izz terus menunjukkan perubahan yang positif... aunty doakan...
ردحذفHaah, memang kena selalu tengok keadaan dia. Andai ada perubahan, kena ambil langkah pencegahan cepat. Memang belum setel masalah Hypo adik Izz ini.
حذفTQ aunty
Assalam papa izz,
ردحذفkiranya hypo bukanla akan berlaku setiap kali off TPN yer??
kadang2 akan berlaku bila off yer???
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!