Dalam sehari, ada 3 sesi 'dressing' yang akan dilalui oleh adik Izz. Dua dressing dalam sesi petang dan satu dressing bagi sesi pagi. Dressing sesi petang biasanya hanya aku dan mama Izz yang terlibat kerana ia agak ambil masa dan perlukan ketelitian berbeza dengan sesi pagi hanya mama Izz dan opah Izz sahaja yang melakukannya. Walaupun begitu, segalanya perlu dilakukan sebaik mungkin, sebersih mungkin dan se'steril' mungkin.
Boleh dilihat dibawah jahitan atas itu masih ada lagi kulitnya. (Dressing 1) |
Pada aku, dressing untuk ON Nutrisi Parenteral (TPN) dan dressing untuk OFF Nutrisi Parenteral (TPN) kurang mendebarkan berbanding dressing tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz. Memang tugas aku untuk buka plaster Hypafix dan Gauze di dada adik Izz. Saat membukanya sangat perlahan kerana plaster Hypafix biasanya melekat ke tiub CVL dan Gauze pula biasanya melekat disekitar lubang tubing CVL adik Izz.
Kulitnya sudah tertanggal saat Gauze dibuka. Boleh nampak perbezaannya dengan gambar sebelum. (Dressing 2) |
Jika dilakukan secara tergesa-gesa, aku khuatir akan tertarik ataupun tercabut sekali dengan tiub CVL adik Izz. Sebab itulah, aku akan melakukannya dengan berhati-hati. Paling takut adalah untuk buka Gauze adik Izz. Terbaru bila aku buka Gauze adik Izz, sekali dengan kulitnya tertanggal. Allahuakbar. Betapa aku sendiri merasai kesakitannya walaupun adik Izz tidak menunjukkan sangat reaksi sakit. Tidaklah berdarah tapi memang aku tahu yang kulitnya tertanggal.
Jelas kelihatan Cuff yang dibawah jahitan atas itu. (Dressing 2) |
Tiub CVL memang tiada apa-apa kerana sudah pun dijahit oleh doktor minggu lepas. Mama Izz sudah ambil gambar dan menunjukkannya kepada doktor, doktor kata tiada apa-apa dan ia akan tumbuh semula nanti. Aku harap begitulah namun hati aku tetap risau juga. Dah kalau hari-hari melekat dan terkopek tertanggal, mau nya rabak dada adik Izz. Silap haribulan, berlubang terus.
Iskh, minta-minta dijauhkan. Mudah-mudahan!
Allah... takut tgok... kite yang besar ni pun seriau....semoga adik izz cepat sembuh....
ReplyDeleteAmin..... mudah2an. Risau juga ni. Setiap kalu lakukan dressing, memang mendebarkan. Hope dressing petang ini ok!
Deletengilu rasa baca entri ni..kesian adik izz..adik izz memang kuat
ReplyDeleteHope takdalah rabak sampai berlubang dadanya.
DeleteAssalam papa izz,
ReplyDeleteAllahuakhbar
sian adik izz
tapi alhamdulillah adik izz tak sakit
moga Allah lindungi adik izz AMIN
Wassalam,
DeleteAlhamdulillah dia tidak menunjukkan terseksa. Tapi risaulah juga.
Tengok beberapa hari ini bagaimana dulu.
Aminnnn.... TQ
InsyaAllah adik Izz kuat. Kalau tak nangis tu tanda dia kuat .... syabas adik Izz.
ReplyDeleteInshaa Allah, mudah-mudahan
Deletetengok pun rasa nyilu...
ReplyDeletesemoga tabah dan cekal hadapi ujian ini...
Inshaa Allah kami cuba bertahan sekuat mungkin demi adik Izz
DeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!