BEBOLA ISTIMEWA BAZAAR RAMADHAN

Bebola Bazaar Ramadhan lebih sedap | Sudah beberapa hari kita semua menyambut Ramadhan. Memandangkan opah Izz dan atok Izz berada dirumah kerna menolong kami menjaga adik Izz, jadinya kami hanya perlu menyediakan lauk basah sahaja beserta barang-barang dapur yang lain. Sudah tidak perlu ke bazaar lagi bagi membeli juadah berbuka puasa. Biasanya opah Izz akan siap memasak juadah berbuka bila kami pulang dari bekerja. TERIMA KASIH Opah Izz! Cuma hari ini mama Izz meminta aku belikannya air kelapa dan aku bercadang untuk belinya di bazaar sambil-sambil ushar juadah lain. 

Aku bawa along Izz dan angah Izz bersama-sama sebagai peneman. Memang meriah keadaan di bazaar. Pelbagai juadah dan minuman ada disana. Sesak berhimpit-himpit untuk membeli. Kebanyakan harga aku lihat sudah naik, ketara perbezaannya berbanding bazaar tahun lalu, juga berbeza dengan harga pasar malam.

Misi aku cumalah belikan mama Izz air kelapa tetapi disebabkan aku bersama-sama dengan anak-anak, jadinya adalah pertambahan dalam pembelian itu. Perut tengah lapar, mulut tengah dahaga, aku pun turut sama tergoda dengan menu pelbaga juadah yang ada. Tak payahlah aku ceritakan apa yang aku beli, cuma aku ingim highlightkan tentang BEBOLA.

Bazaar Ramadhan Putrajaya
Belikan angah Izz bebola ikan dengan paham ayam goreng.

Tidak dinafikan memang banyak jenis bebola yang dijual. Bebola ketam, bebola sayur, bebola ikan, bebola macam-macamlah. Even nugget dan paha ayam goreng serta rangka ayam goreng pun ada dijual sama. Ini permintaan angah Izz. Memang setiap kali ke pasar malam atau pasar tani, angah Izz akan minta dibelikan bebola atau nugget. Aku fikir harganya samalah seperti di pasar malam, sebabnya harganya boleh dikatakan standard purata RM1.00 untuk secucuk.yang ada 4 ketul bebola.

Di bazaar segalanya berbeza. Tahu berapa untuk setiap cucuk 4 ketul yang dijual disini? "Setiap cucuk dijual dengan harga RM2.00". Betapa mahalnya. Bukanlah berkira, tapi rasa macam tak berbaloi beli bebola dengan harga berkenaan. Lebih baik aku beli yang frozen dan goreng sahaja sendiri. Boleh makan berapa ketul pun ikut suka. Heheh. Namun bazaar Ramadhan tetap menarik ramai pengunjung. Juadah lain ada yang bersesuaian harganya, bukanlah semuanya mahal. Cuma bab bebola itu je, memang mahal pada aku.

Patutlah ramai rakan-rakan aku boikot bazaar Ramadhan. Aku rasa PBT perlu pantau harga jualan di bazaar Ramadhan. Bukan apa, bukannya orang berhampiran je yang datang, orang dari luar, dari jauh, pelancong pun ada sama. Sejak lama orang ramai sudah fikirkan harga bazaar mahal, biarlah lepas ini orang ramai merasa harga murah pula. Nanti sebab beberapa peniaga, orang dah tak mahu datang ke bazaar.

Berapa agaknya sewa tapak disini?


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم