Along beralah sebab adik tapi bukan sebab angah | Cuti sekolah namun tanpa kerja sekolah mahupun kerja rumah. Jadinya masa along Izz dan angah Izz lebih kepada menonton rancangan kegemaran mereka dengan sesekali mengulangkaji pelajaran ataupun mewarna. Along Izz miliki kuasa veto dalam menentukan rancangan apa yang patut dilihat kerana hanya dia yang tahu untuk menukaralihkan channel astro. Even opah Izz dan atok Izz juga tidak tahu menggunakan remote Astro Byond berkenaan. Jadinya, baik angah Izz ataupun atok Izz ataupun opah Izz terpaksalah menonton channel yang dipilih oleh along Izz. Kadang-kadang bergaduhlah dengan angah Izz kerana berebutkan cerita kegemaran. Yang rasa hendak 'muntah' tengok tv bak kata opah Izz adalah along Izz hanya mengulang-ulang cerita yang diminatinya sahaja (aku dah rekod semua cerita kegemaran anak-anak). Selalunya along Izz hanya akan buka cerita Ultraman Zero The Chronicles, Oggy and The Cockroaches, Oscar Oasis dan yang terbaru Oddbods. Aku pun boleh 'muntah' kalau diulang-ulang cerita yang sama. Namun, kuasa veto along Izz akan hilang apabila adik Izz berada dirumah. Ini kerana adik Izz tidak langsung meminati kartun kegemaran along Izz sebaliknya hanya melayan samada Boboiboy, Upin dan Ipin serta Pada Zaman Dahulu.
Saat ini, even along Izz pon xda power nak alih channel. Angah Izz hanya menumpang kekebalan adik Izz. |
Angah Izz tentunya orang yang paling gembira apabila adik Izz di rumah kerana minatnya sama seperti adik Izz. Bila rancangan kegemaran adik Izz dipasang, along Izz samada terpaksa melayan sekali cerita berkenaan ataupun dia akan melakukan aktiviti lain. Yang bagusnya pula along Izz tidak membantah pun malahan dia yang akan tolong carikan carikan record cerita kegemaran adik Izz. Memandangkan adik Izz tidak boleh lama berada diluar dan perlu On susu pula via tiub suapan Gastrostomy, jadinya bila adik Izz masuk ke dalam bilik, along Izz akan dapat semula kuasa vetonya terhadap tv dan mulalah bergaduh semula dengan angah Izz.
Begitulah hari-hari yang berlalu sepanjang cuti sekolah ini.
Even dalam bilik pun adik Izz akan layan channel kegemarannya. Diluar? Tentunya along Izz dan angah Izz bergaduh berebutkan channel tv. |
Alhamdulillah walaupun along Izz bergaduh-gaduh manja dengan angah Izz, mereka tidak pernah melibatkan adik Izz dalam 'pergaduhan' mereka. Bila malam, anak-anak pula yang kena beralah sebabnya tv dalam bilik mama Izz conquer dan tv di ruang tamu papa Izz pula conquer. Mama Izz dengan rancangan Dia Isteri Luar Biasa, dan papa Izz pula dengan channel ulangan Bleach. Hahaha. Yang menganga tentunya atok Izz dan opah Izz.
Selepas maghrib biasanya aku akan ambil alih menjaga adik Izz di dalam bilik, terus aku alih channel Dia Isteri Luar Biasa itu ke channel Astro Ceria 611. Berkumpullah anak-anak didalam bilik melayan cerita Ultraman Neos. Tv luar? Opah Izz dan mama Izz melayan Dia Isteri Luar Biasa. Maknanya dari pagi sampai malam, atok Izz lah paling sadis sebab kena layan cerita kegemaran semua orang. Hahaha.
Bersabarlah ye atok Izz!
Kesiannya Atok Izz.. Ahha...
ردحذفTakpe, atok Izz penyabar orangnya! Hihihi
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!