Maaflah sebabnya aku kejar masa | Musim cuti sekolah ini Alhamdulillah aku boleh sampai awal ke rumah. Kalau musim persekolahan, bergantung juga kepada keadaan lalulintas. Umum tahu yang adik Izz kini sudah berada di rumah dan meneruskan dengan Program Home TPN (Total Parenteral Nutrition). Dalam seminggu, bekalan nutrisi adik Izz akan aku ambil di Wad KK4 Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebanyak 3 kali iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Untuk hari-hari berkenaan, aku akan sedikit rushing dengan masa. Sebabnya bekalan TPN (Nutrisi Parenteral) adik Izz hanya bertahan selama 2 jam di dalam bekas Cooler Box khasnya yang diletakkan ais batu sebelum diletakkan di dalam peti ais. Jika terlebih atau terlalu lama, dikhuatiri nutrisi yang dibekalkan akan menjadi Neutral. Faham-fahamlah kalau sudah neutral, apa guna lagi hendak diberi pada adik Izz. Macam beri air kosong sajalah nanti.
Antara kandungan nutrisi yang diberikan kepada adik Izz memalui tiub CVL nya. |
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya tidaklah terlalu jauh, tapi bila tiba waktu kemuncak, perjalanan agak perlahan dan kadang-kadang tidak bergerak langsung. Selalunya aku menggunakan Lebuhraya Mahameru melalui Muzium Negara, Istana Negara lama, TUDM sehingga ke Sri Petaling sebelum aku masuk ke MEX Highway. Bila sudah masuk Highway MEX, aku sudah tidak berasa risau lagi sebabnya jalan sudah tidak sesak disitu.
Jika bukan musim cuti, memang aku agak lambat sampai ke rumah kerana aku perlu jemput along Izz dan angah Izz dahulu dari sekolah mereka. Alhamdulillah, buat masa sekarang aku masih boleh kejar masa dan sampai ke rumah sebelum 2 jam. Bab beri Nutrisi Parenteral (TPN) aku tidak risau sangat sebabnya ia bergantung pada jam dimulakan diberi.
Prep TPN ambil masa dan perlukan ketenangan. Tak boleh tergopoh gapah. |
Yang penting, aku cukupkan penerimaan nutrisi adik Izz mengikut isipadu dan jumlah jam yang disarankan. Buat masa sekarang, adik Izz diberi TPN selama 12 jam sehari. Dan minggu ini, adik Izz diberi TPN setiap hari. NO FREE TPN dah. Ini kerana isu berat badannya dan isu Hypoglicemia (low blood sugar) nya. Sampai bila NO FREE TPN aku pun tidak tahu. Ia bergantung kepada keputusan ujiannya yang diambil semasa checkup setiap minggu.
Mudah-mudahan.
semoga adik izz bertambah sihat...
ردحذفAaminnn, mudah-mudahan dimakbulkan doa semua.
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!