Hari terakhir Royal Floria Putrajaya | Akhirnya aku berjaya isi masa anak-anak terutama sekali along Izz dan angah Izz dengan aktiviti luaran. Jika tidak masa mereka dihabiskan dirumah, dalam kereta dan juga di wad menemani mama Izz serta adik Izz. Memang mereka seronok sangat disana, susah aku nak ajak mereka balik. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan bawa mereka ke Floria ni. Sejak daripada free ticket sampailah ke ticket harga RM5 ni. Cumanya tahun lepas dan tahun ini aku hanya pergi dengan along Izz dan angah Izz sahaja tanpa mama Izz dan adik Izz sebabnya mama Izz menemani adik Izz di wad sama seperti tahun lepas. Dan tahun ini aku hadir pada hari terakhir. Aku tahu along Izz dan angah Izz bukanlah peminat bunga termasuklah aku. Tapi, aku tahu ade beberapa perkara di Floria yang menarik minat along Izz dan angah Izz. Selain itu dapat jugalah mereka belajar beberapa perkara dan aku pun akan rasa tidak menyangka dengan semua itu.
|
Agaknya bilakah ketiga-tiga Izz akan bergambar dalam satu Floria? |
Contohnya aku bawa mereka ke taman gubahan yang ada anak itik. Serta merta mereka berdua mengatakan itu anak itik apabila aku tanyakan pada mereka. Aku fikir mereka tidak tahu itu anak itik memandangkan kalau belajar di sekolah ataupun melalui flash card, yang ada cuma gambar itik sahaja. hehehe. Tapi iyelah sebab memang tak pernah jumpa secara live, jadinya mereka agak teruja bila dapat melihat anak itik sambil-sambil berenang di kolam itu. Ramai kanak-kanak lain juga teruja melihatnya. Orang bandar bak kata member facebook aku bila aku upload pic berkenaan di wall aku. Hahaha.
|
Terpegun mereka dengan anak itik berkenaan. |
|
Along Izz berhajat juga hendak turun ke bawah, namun aku berjaya halang, |
Lepas itu aku bawa mereka melihat kucing. Haa, disini aku pula yang teruja sebabnya macam-macam jenis kucing yang aku tidak pernah lihat pun ada. Yang macam harimau bintang pun ada? Besar-besar, gebu-gebu pulak tu semua kucing yang ada.Disebabkan along Izz dan angah Izz dan biasa nampak kucing, jadinya aku pula yang diajak keluar dari khemah berkenaan oleh anak-anak aku. Ceh!
Paling menerujakan adalah apabila aku bawa mereka ke tempat yang ada arnab tu. Bayaran masuk RM3 seorang dan aku pula percuma. Sebelum masuk along Izz dan angah Izz diberi carrot yang dihiris untuk diberi makan kepada arnab. Pada mulanya mereka agak takut dengan arnab berkenaan sampaikan nak beri makan carrot pun dibalingnya dari jauh. Bila dah lama mereka dalam kandang arnab tu, aku lihat arnab pula yang takutkan mereka. Mereka datang je, arnab pun lari dan arnab lari je mesti mereka datang. Lama jugalah aku biarkan mereka di tempat arnab itu. Biarkan mereka dengan keterujaan melampau mereka itu.
|
Mula-mula sahaja dia takut akan arnab, kemudian dia pula yang menakutkan arnab. |
|
Angah Izz pun sama mula-mula sahaja takut. |
Akhir sekali, aku sudahkah perjalanan Royal Floria Putrajaya ini dengan aktiviti menunggang kuda. Harga masih sama dikenakan iaitu RM5 per ride. Oklah, dengan kuda ni mereka kurang sikit keterujaannya kerana last year punya event Floria pun mereka sudah merasai pengalaman menaiki kuda.
|
Kalau aku tidak berkeras, maunya berkali-kali dia mahu menaiki kuda berkenaan. Tak puas katanya. |
|
Seronok pabila melihat angah Izz senyum.. manis! |
Perkara penting bila mereka ke event-event begini adalah membeli balloon. Si along Izz dengan balloon Ultraman dan si angah Izz dengan balloon Spiderman. Begitulah aku isi masa anak-anak aku pada hari terakhir Royal Floria Putrajaya.
Tiada langsung cerita pasal bunga, kan? Hihihi
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!