MAAFKAN PAPA YE ANAK-ANAK PAPA

Maafkan papa anak-anak papa | Cuti sekolah ini papa tak bawa pun along dan angah berjalan-jalan, kan? Hanya luangkan masa sepenuhnya sahaja di rumah. Maaflah, bukan papa abaikan korang berdua. Tapi, papa agak serabut dengan pelbagai perkara. Di awal cuti sekolah, adik baru je lepas jalani pembedahan. Jadi papa perlu lebihkan mama korang pula sebabnya untuk sama-sama menjaga adik korang tu. Lepas itu, adik terpaksa masuk wad pula lagi pada hari ke-3 cuti persekolahan. Maafkan papa anak-anak papa. Mama pula ambil cuti beberapa hari untuk menjaga adik sebabnya opah tidak berapa sihat. Jadi, along dan angah duduk dengan opah dan atok dulu ye. Hujung minggu ini papa bercadang juga hendak bawa korang berjalan-jalan. Tapi rasanya macam tidak boleh sahaja sebabnya adik mungkin akan balik Sabtu ini. Jadi, terpaksalah papa kensel plan yang papa rancangkan untuk along dan angah. Lagi pula opah dan atok tiada hujung minggu ini kerana mengikut rombongan meminang saudara mara mama ke Kedah. Nampaknya tinggallah kita berlima di rumah. 

along dan angah
Hidup kita sudah berubah. Hope korang faham walau masih kecil.

Bila tinggal kita berlima, papa tak boleh nak bawa korang berdua dan tinggalkan mama bersama dengan adik berdua di rumah. Takut-takut nanti jadi apa-apa susah pula. Mama dah banyak korbankan tenaga menjaga adik di wad, jadi papa nak bagi peluang mama berehat andainya adik pulang Sabtu ini. Mungkin papa akan rancang program lain buat along dan angah ye. Mama dan adik pula seminggu tidak dapat berjumpa dengan along dan angah. Jadi, bila mama pulang nanti, along dan angah luangkan masa bersama mama dan adik ye. 

Slurpee coklat
Berjalan-jalan di dalam kereta sambil layan slurpee pun kita bahagia kan

Kalau adik on tiub susu tu, tak apalah biar papa temankan adik di dalam bilik. Mama pula bolehlah bersama-sama along dan angah. Along mungkin papa tidak perlu risaukan sangat kerana along sudah besar dan sudah boleh berfikir sendiri. Yang papa risaukan adalah angah. Kadang-kadang bila mama dan adik ada di rumah, angah sendiri yang akan minta pada opah supaya opah tidur dengan adik di dalam bilik dan minta kebenaran opah supaya mama dapat tidur dengan angah. Angah mesti rindukan belaian dan kasih sayang mama, kan? Sebab itulah bila ada mama di rumah, angah akan sedikit mengada-ngada. 

Air keladi
Papa akan luang masa untuk along dan angah dan beri peluang pada mama tumpukan pada adik

Along tidak mengapa kerana along lebih rapat dengan papa dan papa memang hari-hari ada di rumah. Untuk minggu ini, along dan angah duduk dahulu dengan atok ye. Opah kena pergi hospital sebab nak ganti mama jaga adik bagi peluang mama pergi kerja. Cuti mama juga sudah hendak habis. Cuti yang tinggal itu, mama simpan untuk kegunaan kecemasan adik. Faham-fahamlah dengan adik korang tu yang sakitnya tidak menentu. 

Namun papa respek along dan angah kerana apabila adik ada di rumah, along dan angah tidak pernah bergaduh dengan adik ataupun mengacau adik. Apa yang adik hendak dan apa yang adik hendak lihat semuanya along dan angah turuti. Itu pengorbanan along dan angah buat adik. Janganlah along dan angah susahkan hati mama ye sebabnya mama memang susah hati sentiasa selagi adik belum sembuh. 

Aiskrim Sedap
Jangan bergaduh sesama adik beradik ye.

Korang belajarlah rajin-rajin ye. Nanti besar ada salah seorang dapat menjadi doktor pakar dan dapatlah korang sembuhkan adik tu. Itulah harapan papa dan mama. Inshaa Allah papa dan mama akan sediakan yang terbaik untuk along dan angah. Papa dan mama juga cuba buat yang terbaik untuk menjaga adik serta along dan angah. Nanti papa cuba bawa korang ke mana-mana sebelum tamat cuti sekolah ye. 

Sebelum itu, BERSABARLAH ye wahai along Izz dan angah Izz.


6 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. even mereka masih kecil, insyaAllah mereka memahami pengorbanan papa dan mamanya..
    Apapun semoga si adik cepat sembuh. Along dan angah setia menunggu kat rumah..

    ReplyDelete
  2. inshaaAllah..mereka akan baik2 saja.pengalaman macam ni mesti jadi suatu yg berharga utk mereka berdua nanti..mudah-mudahan..

    ReplyDelete
  3. kecil2 lagi dorg dh belaja erti pengorbanan.semoga bila besar nanti dorg saling menghargai 1 sm lain.InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. saya rasa nak nangis pula baca luahan hati papa izz ni
    along angah faham tu walau masih kecil
    insya allah mereka baik-baik sahaja
    saya kagum keluarga papa izz

    ReplyDelete
  5. Dah nangis lak bila Cik Mun habis baca ni... Cik Mun pun 2 minggu cuti sekolah ni x dapat nak bawak anak jalan2 sbb ayah mertua sakit terlantar sbb kena strok. Kami lah yang perlu menguruskannya. Xpe.. Dugaan Allah buat kita sekeluarga masing-masing. Yang pasti, Allah ada sebabnya, dan ada hikmahnya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. alllahhh haii sebaknyaa.. xpeee anak2 paham. kita ajar diaroang dari kecik erti susah k. sok sok lusa dah besar diaorang matang dari usia hehhhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post