Kenapa perlu tiub CVL dan TPN? Aku dapat pertanyaan ini menerusi messenger facebook dari seorang rakan. Sebabnya dia lihat setiap kali adik Izz infected atau apa-apa kepada tiub CVL nya, doktor mesti akan terus jalankan operation untuk tiub CVL (Central Venous Line) yang baru. Dia pun sedih melihat keadaan adik Izz, tambahan pula adik Izz kerap jalani pembedahan. Aku cuba terangkan sebaik mungkin mengikut kefahaman dan pengetahuan aku ya. Sebelum itu, suka aku war-warkan yang adik Izz telah pun discharge dari wad pada hari Sabtu yang lepas. Ini merupakan discharge kali ke 8 buat adik Izz (boleh REFER SINI!). Adik Izz tidak lama di wad kali ini mungkin kerana doktor tiada apa-apa ujian lagi yang hendak dilakukan selain menunggu sehingga masa yang sesuai untuk melakukan Pembedahan pemanjangan usus (Bowel-Lenghten). Terima kasih buat semua yang mendoakan adik Izz.
Last day adik Izz di wad KK4. Dia sentiasa mengutus senyuman walau dalam kesakitan. |
Baiklah, berbalik kepada persoalan yang rakan fb aku tanyakan itu. Apa yang aku faham, pakar pernah beritahu dahulu yang mana adik Izz akan menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) seumur hidupnya. Ini berikutan usus kecil adik Izz yang tinggal hanyalah sepanjang 8CM Duodenum. Jadinya, adik Izz alami masalah pencernaan dan masalah penyerapan nutrisi. Bukanlah adik Izz tidak boleh langsung menyerap nutrisi, tetapi dengan usus yang tinggal sepanjang 8CM itu, kadar serap nutrisi adik Izz hanyalah kecil.
Moga-moga sihat hendakNya dia selepas ini. |
Sebagai contoh jika adik Izz diberi susu sebanyak 15ML, kadar serapan nutrisi usus kecil adik Izz hanyalah 40% daripada jumlah susu yang diberi itu. Sangat sedikit. Itu jumlah yang disarankan pakar buat masa sekarang. Adik Izz belum boleh diberi makan atau minum dengan banyak lagi kerana dia akan mengalami masalah cirit birit nanti dan bahagian duburnya akan melecet. Beri susu 15ML, tetapi secara berkala selang beberapa jam. Nutrisi Parenteral (TPN) ada semua zat, nutrisi dan gizi keperluan harian yang diperlukan adik Izz. Ianya dipekkan dan akan diberi secara terus ke salur darah utama adik Izz.
Disinilah gunanya tiub Central Venous Line (CVL). Tiub ini ditanam dibawah kulit dan disambungkan terus ke salur darah utama (dipercayai berhampiran dengan jantung) dan akan keluar melalui bahagian dada adik Izz. Nutrisi yang dipekkan ini akan diberikan melalui tiub CVL ini. Nutrisi yang cukup diperlukan adik Izz supaya proses tumbesarannya tidak terganggu. Aku pernah terdengar kata-kata doktor, "jangan sampai tumbesarannya terbantut, nanti susah nak kembalikannya".
Walaupun adik Izz bakal menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) seumur hidupnya, doktor berjaya mengurangkan kebergantungannya terhadap TPN. Buktinya, adik Izz kini hanya menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) selama 5 hari seminggu selama 12 jam setiap hari. Bagi tempoh 2 hari tanpa Nutrisi Parenteral (TPN), adik Izz akan menggunakan tiub suapan Gastrostomy pula yang mana ia dikhaskan untuk pemberian susu. Tujuannya, mengelakkan adik Izz daripada alami gejala Hypoglicemia (boleh REFER SINI!).
Secara ringkasnya, Nutrisi Parenteral (TPN) diperlukan adik Izz untuk cukupkan keperluan nutrisi harian selain ianya penting bagi tujuan tumbesaran dan tiub Central Venous Line (CVL) penting untuk menyalurkan nutrisi berkenaan.
Terima kasih kerana bertanya.
Allahuakbar..besar sungguh dugaan puan.semoga adik izz membesar dengan sihat sepenuhnya!=)
ردحذفHttp://ainaez.blogspot.com
Aminnn, mudah2an dimakbulkan doa puan.
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!