Baru sahaja bercita-cita meraikan Aidiladha di rumah bersama keluarga. Namun apakan daya, sudah suratan adik Izz terpaksa 'admitted ward' kerana demam panas. Mengulangi episod Aidiladha tahun lepas dimana adik Izz juga beraya di wad. Demam panas yang dikhuatiri disebabkan 'infection'. Iya, memang ada jangkitan pada line CVL (Central Venous Line) adik Izz. Sejak Selasa lagi adik Izz ditahan di wad.
Nutrisi Parenteral (TPN) dihentikan seketika dan sementara itu adik Izz di'drip' melalui tiub CVL serta diberi antibiotik melalui line iv-drip yang dibuat di tangannya. Sampai ke hari ini, belum lagi aku dengar ura-ura yang adik Izz akan 'discharge'.
'Line drip' pula sudah beberapa kali tukar. Mulanya di kaki, tukar di tangan dan semalam tukar ke kaki semula. In Shaa Allah hari ini adik Izz akan jalani ujian 'Ultrasound' untuk melihat 'line CVL' di lehernya. Sebabnya bukan apa, bila 'flushing' tiada masalah tetapi bila 'ditarik' untuk ambil darah, tidak boleh pula.
Kalau diizinkannya, aku seboleh-bolehnya hendak elakkan 'operation'. Dan kemungkinan hari ini adik Izz akan sambung diberi Nutrisi Parenteral (TPN). Sampai bilalah baru adik Izz ini stabil? Hanya DIA yang tahu.
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!