PAPA SAYA SEORANG DOKTOR

Aku juga seorang 'doktor'. Ada hari aku sendiri yang akan ambil alih tugas mama Izz untuk 'dressing' adik Izz. Namun hanya 'dressing' off Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz sahaja yang boleh aku lakukan. Ianya lebih mudah berbanding 'dressing' on Nutrisi parenteral (TPN) adik Izz. Bukan tidak tahu untuk 'dressing' masa on, tetapi banyak kerja yang perlukan ketelitian yang hanya mama Izz sahaja boleh melakukan. Pernah lah aku lakukan 'dressing' on TPN, tapi memang lama masa yang aku ambil dan adik Izz yang kebosanan mulalah merasa tidak selesa. 

Apa yang mudahnya 'dressing' off TPN berbanding 'dressing' on TPN? 'Dressing' off TPN tidak libatkan pembersihan pada tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz. Jadinya, aku cuma perlu buka sambungan tiub antara TPN dan CVL, kemudiannya 'lock' kan dengan heparin cap (instopper). Lepas itu balutkan sahaja dengan gauze dan micropore. Kalau 'dressing' on TPN, ia libatkan pembersihan pada tiub CVL yang mana gauze dan hypafix perlu dibuka dan sekeliling tiub CVL akan dibersihkan. Takut aku nak lakukannya. 

Home TPN
Yes, i'm a doctor now!

Dari segi penyediaan (prep), ianya lebih kurang sama sahaja. Aku perlu keluarkan dressing set, povidone, heparine saline, normal saline, syringe 3cc, syringe 5cc, facemask, surgical glove dan micropore. 'Dressing' masa on TPN pula ada tambahan gauze, cotton balls dan water for irrigation. 

Ok lah, sudah beberapa kali juga aku lakukan 'dressing' off TPN, Alhamdulillah dapat pujian daripada mama Izz. Sekurang-kurangnya dapatlah aku bantu mama Izz mana-mana yang patut. Terima kasih mama Izz kerna beri kepercayaan kepada aku untuk lakukan 'dressing' adik Izz. 

Total Parenteral Nutrition
Inilah apa yang papa buat hari-hari. PREP!

Aku pula, boleh sahaja lakukannya. Maklumlah hari-hari aku perhatikan apa yang mama Izz lakukan. Cuma bab yang sensitif yang perlukan ketelitian penuh, biarlah mama Izz yang lakukan. Kecuali, atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, barulah aku akan lakukan 'dressing' on TPN. 


8 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. wahhh... pandainya...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ردحذف
  2. Hehehehe memang kena jadi doktor sekali sekala huhuhuh..
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ردحذف
  3. azney singgah BW dari segmen Emas Putih :)

    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ردحذف
  4. Salam.. Saya singgah blogwalking yeee.... =D

    ردحذف
  5. haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^ done follow

    ردحذف
  6. Singgah sini sambil follow..Hihi

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم