Tiada 'plan' sehingga adik Izz berusia 4 tahun. Jadinya, adik Izz akan teruskan dengan 'plan' sediada iaitu Nutrisi Parenteral (TPN), Home TPN Programme dan Gastrostomy. Berinya cukup masa bertujuan beri peluang kepada ususnya untuk lebih berkembang sebelum 'Plan 4 tahun' diteruskan. Untuk sampai ke tempoh masa berkenaan, pelbagai juga yang perlu ditempuhi. Terbaru, tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz 'infected' dan terpaksa dicabut.
Bila tiub CVL dicabut, maknanya adik Izz akan perlu lalui pembedahan lain untuk masukkan tiub CVL yang baru. Adik Izz belum boleh berhenti Nutrisi Parenteral (TPN), sebab itu tiub CVL nak tak nak perlu ada. Sudah seminggu adik Izz di wad dan hari ini dijadualkan akan dijalankan pembedahan 'CVL Insertion'. Pembedahan kali ke 16 bagi adik Izz dan pembedahan ke 10 untuk tiub CVL sahaja.
Seminggu sudah dia di wad, hanya bermasam muka sahaja. |
Moga-moga ini adalah pembedahan terakhir adik Izz sehingga dia jalani 'major op' bila dia 4 tahun nanti. Tak sanggup rasanya menerima berita yang adik Izz perlu dibedah. Adik Izz sekarang berusia 2 tahun 5 bulan dan sepanjang 22 bulan adik Izz sakit, sudah 16 kali pembedahan dijalankan termasuklah dengan pembedahan yang dijadualkan hari ini.
Aku seperti biasa kuatkan diri (acting tough) demi beri sokongan kepada mama Izz dan adik Izz. Mama Izz? Dia sememangnya takut dengan pembedahan. Setiap kali tiba hari pembedahan, dia akan menangis. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Hilang selera untuk semuanya. Selagi adik Izz belum selesai pembedahan, selagi itulah mama Izz tidak tenang.
Memang dia kerap muntah sekiranya apa yang diberi 'lebih' daripada yang boleh diterimanya. |
Harapan aku agar pembedahan dijadualkan hari ini berjalan lancar hendakNya. Moga adik Izz cepat sembuh dan cepat pulang. In Shaa Allah.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!