KEPUTUSAN UJIAN CT SCAN

Adik Izz perlu menjalani ujian CT Scan kerana isu dadanya membengkak yang lepas. Khuatir yang salur darahnya samada tersumbat ataupun tiub CVL sendiri yang tersumbat. Nyata apa yang pakar jangkakan itu betul. Keputusan ujian CT Scan adik Izz menunjukkan yang salur darah utamanya untuk tiub CVL telah menyempit. Bukan di satu tempat tetapi di banyak tempat. Kata pakar, totally sudah out. Salur darah di bahagian lehernya, pehanya dan tangannya tidak boleh dipakai lagi untuk tiub CVL untuk Nutrisi Parenteral (TPN). Jadinya, pakar cadangkan satu siri pembedahan dijalankan. Terngiang kata-kata pakar, "jika awak tanya samada pembedahan ini pernah dilakukan atau tidak, ini yang PERTAMA". Bila dengar itu, runtuh hati kami sekeluarga. 

CT Scan di HKL
Selesai ujian CT Scan. Monyok sahaja.



2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Allahu
    sayang adik izz
    moga sentiasa dalam peliharaan Allah
    AMIN

    ReplyDelete
  2. semoga selalu dalam perlindungan allah, amin
    http://herdinprsty.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post