PEMBEDAHAN SIRI KE 17 | PERTAMA DI MALAYSIA

Pembedahan kali pertama di Malaysia. Bukanlah pembedahan itu yang kali pertama, tetapi cara yang akan adik Izz gunakan selepas pembedahan itulah yang kali pertama dilakukan selain dengan CVL insertion kali ke 11. Sebenarnya pakar pernah suarakan kaedah ini tahun lalu (Mengembangkan Usus). Tapi tidak dijalankan. Jika boleh proses mengembangkan usus adik Izz dibiarkan secara normal sehinggalah usianya 4 tahun barulah akan dijalankan pembedahan. Aku pun diberitahu semula melalui lakaran pakar. Ada yang aku faham dan ada yang tidak. 

Cuma aapa yang terngiang-ngiang adalah kata-kata pakar, "jika awak tanya samada pembedahan ini pernah dilakukan atau tidak, jawapannya ini kali pertama". Aku dan mama Izz menurut apa kata pakar. Lagipun, keputusan ujian CT Scan adik Izz agak kurang memuaskan.

Adik Izz akan menjadi orang pertama menjalani pembedahan. Seawal jam 2:00 am lagi dia sudah berpuasa. Aku datang seperti biasa pada paginya. Dalam hati memang berdebar-debar rasa. Aku lihat adik Izz juga sudah ditukarkan pakaiannya menggunakan pakaian wad. Dia hanya melontar sedikit senyuman sebelum dipanggil masuk ke dewan bedah sekitar jam 9:30 am. 

Pembedahan pertama di Malaysia
Sedikit senyuman sebelum pembedahan sebenarnya menambah tangis di hati ini

Sayu aku rasa melihatnya. Ini pembedahan besar malah pembedahan pertama yang akan dilakukan pakar. Seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini, mama Izz lah yang akan mendukungnya menuju ke dewan bedah. 

Pembedahan pertama di Malaysia
Perjalanan paling cepat adalah saat menuju ke dewan bedah

4 jam pembedahan berjalan. Baik aku mahupun mama Izz, tidak senang langsung duduk menanti diluar. Mundar-mandir menanti pembedahan siap. Tidak lama, dengar disebut nama 'Izzsyraq'. Lantas mama Izz masuk ke dewan bedah untuk melihatnya dan aku hanya menunggu diluar. 

Jalani pembedahan yang pertama di Malaysia
Selesai pembedahan, adik Izz masih belum sedarkan diri

Lama juga mama Izz di dalam. Hampir 40 minit. Kata mama Izz, mulanya dia berjumpa dengan pakar dahulu dan barulah dia akan bersama-sama adik Izz sehingga dia sedar. Buka sahaja pintu dewan bedah, tak tahan air mata aku melihat keadaan adik Izz. Allahuakbar. 

Pembedahan pertama di Malaysia
Inilah keadaannya yang meluluhkan hati kami sekeluarga. Allahuakbar

Nantilah aku ceritakan apa-apa berkaitan pembedahan dan apa kata pakar ye. In Shaa Allah.


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Allah...Allah...Allah
    Semoga cepat sembuh sayang
    AMIN

    ReplyDelete
  2. Assalam,
    tq bgi izin sha share story adik izz
    insyaAllah kami semua akan doakan kesejahteraan adik izz

    http://aryshafayyadh.blogspot.my/2015/10/pray-for-izzsyraq-azraq-short-bowel.html

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..sebak betul lah.... moga di beri kesembuhan buat Izz....:(

    ReplyDelete
  4. ya allah...berikanlah kekuatan untuk anak ini melawan penyakitnya....berikanlah semangat yang kuat buat kedua ibu bapanya...mohon ku ya allah...berikan anak ini peluang untuk menikmati alam kanak- kanak riang sepenuhnya...amin ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post