Semalam aku lalu di Ruang Legar Medan Mara Kuala Lumpur, banyak 'booth' yang menjual barangan wanita khususnya. Tup tup, pagi ini aku lalu sudah berubah. 'Booth' semalam sudah tiada tetapi sudah muncul 'booth' yang lain. Nama macam 'familiar' sahaja. Oh, ada Perak Fest 2015 rupanya. Patutlah nama-nama macam aku pernah atau biasa dengar. Isteri aku mama Izz adalah 'pure' Perakians. Lahir dan tinggal di sana, bila sudah sambung belajar dan bekerja, barulah dia keluar dari Perak. Aku? Yup, aku memang lahir di Perak tetapi aku dibesarkan di Pahang, jadinya aku lebih kepada Pahang.
Oh ya, melihat kepada 'banner' yang dipaparkan, aku lihat ada pelbagai aktiviti diadakan disana. Antaranya ada "Jualan dan pameran produk usahawan", ada "Demonstrasi labu sayong", ada 'Runaway Product", ada "Persembahan tarian kebudayaan", ada "Demonstrasi masakan (produk Perak)" dan "Ceramah ilmu oleh PU (Pencetus Ummah) Yeop". Banyak juga aktiviti dijalankan di sana. Yang penting pada aku adalah jualan produk itu. Mesti ada pekasam kan? Paling 'TOP' sudah semestinya Pekasam Lenggong.
Aku rasa, pada yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Negeri Perak ini, eloklah korang semua datang ke sini. Tempatnya di Ruang Legar Medan Mara KL sahaja. Esok baru bermula 28 Oktober sehingga 30 Oktober ini. Masanya pula adalah jam 9.00AM - 6.00PM.
Daerah kelahiran mama Izz |
Moh Singgah Weyyy!
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!