SUDAH 'EXTUBATE' DARI 'INTUBATE'

Sejak 6 Oktober adik Izz berada di Wad Pediatrik Intensive Care Unit (PICU). Lebih 3 minggu kini dia berada di sana. Macam-macamlah yang aku telah saksikan. Daripada keadaannya yang agak baik kepada keadaan yang kurang baik kepada tiba-tiba adik Izz kritikal dan tenat, memang benar-benar menguji jiwa betul. Alhamdulillah, adik Izz masih bertahan sehingga ke hari ini. Malah, aku juga saksikan keadaannya yang semakin hari semakin baik. 

Hari ini adik Izz sudah 'extubate' dan tidak memerlukan 'ventilator' lagi. Maknanya dia sudah boleh bernafas dengan sendirinya dan cukup. Lama rasanya adik Izz 'intubate'. Seingat aku sejak 7 Oktober lagi. 

Ventilator sebagai alat bantuan pernafasan

Keadaannya yang aku lihat setakat hari ini, dia memang dalam keadaan yang baik. Tapi belum lah tahap yang membolehkan adik Izz dipindahkan ke wad biasa lagi. Masih perlukan 'observation' yang teliti. Ada keadaannya yang agak kurang baik, tetapi nantilah aku ceritakan. Buat masa sekarang, aku lega yang dia sudah 'extubate'. 

Pediatrics Intensive Care Unit (PICU)


Intubate = Memasukkan tiub ke dalam sebahagian badan, terutamanya 'trakea' untuk pengudaraan.

Extubate = penyingkiran tiub selepas intubate

Ventilator = perkakas untuk pernafasan tiruan; alat pernafasan.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post