PEMBEDAHAN SIRI KE 19 | TUTUP LUKA

Dalam tempoh seminggu, sudah dua kali adik Izz jalani pembedahan. Mulanya pembedahan pisahkan usus, kemudiannya disusuli pula dengan pembedahan cuci perut. Selang beberapa hari, adik Izz perlu jalani pembedahan ke 19 ini. Pembedahan ini rentetan daripada pembedahan sebelumnya dimana luka torehan pada perut adik dibiarkan terbuka dan hanya ditutup dengan plastik sahaja bagi tujuan 'observation'. 

Pembedahan ini adalah untuk menutupnya semula. Sebelum pembedahan, doktor ada beritahu sekiranya perut adik Izz menegang, kemungkinan hanya lapisan dalam sahaja yang akan dijahit dahulu manakala lapisan luar akan dibiarkan terbuka lagi sehingga sampai masa yang sesuia untuk menutupnya. 

Jahit luka yang dibiarkan terbuka selama seminggu

Alhamdulillah, adik Izz tiada apa-apa masalah dengan perutnya dan luka torehan pembedahan sebelum ini ditutup semuanya. Syukur. Lama juga pembedahan berlangsung. Tapi, segalanya berjalan lancar.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post