Pada sesi pembedahan ke 17 yang lalu, 'button' pada Gastrostomy adik Izz telah ditanggalkan sementara untuk tujuan letakkan tiub yang disambungkan kepada usus adik Izz. Masalah 'leaking' pernah berlaku semasa adik Izz di wad ICU, tetapi telah diselesaikan pada sesi pembedahan ke 19 yang lalu dengan menjahitnya.
Namun, ianya berulang lagi dimana ada cecair yang keluar melaluinya lagi. Beberapa hari ini kawasan berkenaan 'soak' dan perlu kerap dicuci dan digantikan 'gauze' serta lapiknya. Menyelesaikan masalah ini, adik Izz akan jalani pembedahan dimana Gastrostomy lama akan di'seal' dan akan dibuat Gastrostomy baru. Bahasa mudahnya, "gali lubang tutup lubang".
Sumber image : google |
Usus adik Izz belum boleh disambungkan lagi kerana 'plan' asal untuk mengembangkan usus akan diteruskan. Plan ini akan disusuli dengan pembedahan yang telah lama dirancang iaitu 'Plan memanjangkan usus'. Nampaknya, tidak bolehlah aku berharapkan yang ini adalah pembedahan terakhir adik Izz. Aku cuma berharap agar keadaan adik Izz semakin baik dan apa yang semua rancang dan doakan akan berjalan dengan lancarnya.
Mohon doa rakan-rakan yang pembedahan hari ini akan berjalan dengan lancarnya. Mudah-mudahan.
Semoga allah permudahkan buat adik Izz...doa SA bersama mengiringi....
ReplyDeleteIn Shaa Allah.... Aamiin. Mudah-mudahan dimakbulkanNYA.
DeleteTerima kasih SA
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!