Program Tanggungjawab Sosial Korporat BP. Tahun ke 4 BP bekerjasama dengan Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur untuk program ini. Apa itu BP? BP adalah salah satu syarikat minyak dan gas antarabangsa terkemuka di dunia. BP menyediakan pelanggan dengan bahan api untuk pengangkutan, tenaga haba dan cahaya, pelincir untuk menjaga enjin dan produk petrokimia yang digunakan untuk membuat barangan harian yang pelbagai seperti cat, pakaian dan pembungkusan.
|
Make Life Sweeter |
Di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat BP, mereka meraikan seramai 155 kanak-kanak di Institut Pediatrik HKL dengan mengadakan "BP Wishing Tree 2015, Make Life Sweeter". Aku tidak ingat bila, tetapi beberapa bulan sebelum ini ada diedarkan borang di semua wad di Institut Pediatrik HKL. Dalam borang itu, perlu diisi 'apa hadiah yang kita mahu untuk anak'. Alhamdulillah, adik Izz antara penerima yang terpilih. Kiranya 'Wish Come True' lah ni. Syukur.
|
Semasa register dan pengesahan nama anak. |
|
Antara hadiah-hadiah yang akan diberikan. |
|
Juga antara hadiah yang akan diberikan. |
|
3 kaunter hadiah disediakan. |
Adik Izz tidak dapat hadir kerana almaklumlah dia masih 'running' Nutrisi parenteral (TPN) dan juga 'suction tube' untuk Gastrostomy nya. Jadinya, akulah wakil adik Izz 'since' mama Izz pun tidak boleh turut serta kerana menjaga adik Izz. Sesi penyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan alu-aluan pihak Institut Pediatrik dan pihak BP.
|
Wakil BP bergambar bersama wakil Institut Pediatrik |
|
Tarikan buat anak-anak. Majoriti anak-anak adalah pesakit di Pediatrik |
|
Minnie tidak menang tangan melayan kerenah anak-anak yang ingin bergambar. |
|
Pertunjukan silap mata. Memang memukau mata hadirin |
Program berjalan lancar, tahu sebab apa? Walaupun ramai kanak-kanak yang hadir bersama ibu-bapa, mereka tidak meragam. Sebabnya, ada disertai sekali dengan maskot 'Mickey & Minnie' serta 'Clown'. Paling best, ada pertunjukan silap mata yang memang memukau semua.
|
Nombor untuk tebus hadiah buat adik Izz |
|
Hadiah buat adik Izz. Alhamdulillah. |
Aku wakili adik Izz penerima hadiah bernombor 'BSC-075'. Dan apa yang mama Izz minta buat adik Izz, diluluskan. Tahu apa yang adik Izz dapat? "Multi-Functional Educational Walker". Nak beli tak terfikir pun, tapi bila di 'offer' percuma, barulah terfikir. Heheh!.
|
Seronok adik Izz melihat hadiahnya. Tapi perlu simpan dahulu sebabnya adik Izz 24 jam di atas katil. huhuhu |
|
Yup, memang life sweeter sangat. |
Apapun, program ini sebuah program yang sangat bagus. Harap diadakan setiap tahun. Masing-masing lupa akan kesakitan bila diraikan sebegini. Alhamdulillah.
|
Juga diberi 'goodies bag' buat semua patient di wad. |
Terima kasih BP. Terima kasih Institut Pediatrik, HKL.
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!