Bila tiba cuti sekolah, mulalah kena fikir 'mana nak bawa anak-anak jalan-jalan?'. Memang peninglah anak-anak bila lepak rumah tengok tv sahaja. Takkan hendak ulang-alik bawa mereka ke hospital sahaja? Aku pula almaklumlah, tidak boleh berada di "luar kawasan" sangat. Jadinya, aku tukar kaedah sedikit biar mereka rasa seronok.
Tetap juga destinasi utama ke hospital menjenguk adik Izz, cuma aku bawa mereka menaiki pengangkutan awam. Mulanya, aku tanya "siapa hendak pergi hospital?". Masing-masing muncung muka menjawab, "along nak, angah nak". Tak nampak 'excited' langsung. "Kita pergi naik bas, nak tak?", aku tanya lagi. Masing-masing tinggi suara menjawab "NAKKKK". Hahaha!
Aku pun bukanlah 'terer' sangat gunakan bas ni. Kalau naik tren tu, In Shaa Allah lah aku tahu. Jadinya, aku cuba-cuba sajalah sambil-sambil tanyakan pada orang. Dekat sahaja untuk aku dan anak-anak hendak tunggu bas. Di Presint 9 tu, tunggu sahaja di 'bus stop' depan rumah tu. Aku 'prefer' RapidKL berbanding bas lain kerana bas RapidKL lalu ikut Highway MEX, jadinya cepat sikit perjalanan berbanding bas ke KL yang lain yang singgah-singgah di tempat lain.
Naik bas RapidKL tu, emmm tak reti duduk diam langsung along Izz dan angah Izz. Penumpang tak ramai, jadinya bertukar-tukar tempat duduk mereka. Sorang sini, sorang sana, kejap duduk, kejap berdiri, kejap tanya 'driver' bas macam-macam dan emmm banyak lah lagi.
'Excited' atau 'over-excited'? Murah sahaja menaiki bas, aku sahaja yang kena bayar tambang RM3.80, along Izz dan angah Izz tidak perlu bayar, PERCUMA. Aku pilih untuk turun di KL Sentral sebabnya aku hendak mereka merasa menaiki Monorel pula.
Bergaya sebelum masuk ke Stesen Monorel KL Sentral |
Sangat seronok kata mereka bila menaiki Monorel |
Syoknya mereka bila dengar hendak naik tren, sampaikan hendak beli tiket pun mereka yang hendak tekan sendiri mesin tiket tu. Nak masuk apatah lagi, memang mereka yang hendak 'touch' token tu. 'Plan' aku adalah menaiki Monorel dari Stesen KL Sentral turun di Stesen Monorel Chow Kit. Aku tanya dahulu kaunter samada kanak-kanak perlu bayar tambang. Kanak-kanak bawah umur 6 tahun, tambangnya PERCUMA. Atas 6 tahun, bayaran tambang sama seperti dewasa. RM2.50 tambang Monorel KL Sentral ke Monorel Chow Kit. Oklah tu, aku dengan along Izz RM5.00 sebabnya angah Izz PERCUMA.
Dalam Monorel? Sebagaimana mereka dalam bas RapidKL tu, macam tu jugalah mereka dalam Monorel. Tak reti duduk diam langsung. Ini dah macam tahap tak pernah naik langsung. Mereka pernah naik Monorel, rasanya bertahun-tahun yang lepas. Bergayut ada, memanjat ada, semualah yang mampu mereka buat. Aku tak malu pun, sebabnya aku pun syok juga naik Monorel. Cuma aku tak mampu ekspresikan nya sahaja. Hahaha.
Sampai di Stesen Monorel Chow Kit, mereka sudah mula mengeluh. Hahaha. Sebab apa? Sebabnya perlu menapak jalan kaki ke Institut Pediatrik HKL tu. Beberapa ratus meter sahaja, takkanlah aku nak naik teksi kot? Berjalanlah perlahan-lahan menuju ke hospital. Mereka yang tadinya tak tahu penat, mula membebel-bebel "penatlah, papa. Jauh lagi ke, papa? Along dah peluh ni. Angah tak laratlah, papa". Hehehe.
Akhirnya, sampai juga kami ke hospital untuk berjumpa mama Izz dan adik Izz. Satu pengalaman buat mereka berdua dari Putrajaya ke Kuala Lumpur menaiki bas dan monorel.
Akhirnya tiba.... Misi melawat mama Izz dan adik Izz. |
Esoknya aku tanya lagi, "siapa nak naik bas pergi tengok adik?". Masing- masing jawab hendak. Maknanya mereka tak serik lah pasal kena jalan kaki tu. Nanti aku cerita bagaimana menaiki pengangkutan awam dari Hospital Kuala Lumpur ke Putrajaya pula. In Shaa Allah.
Anak oh anak!
sebagai seorang bapa...amat simpati apa yang berlaku pada adik izz...perasaan seorang ayah, semua ayah di dunia hendak anaknya sihat. Tetapi hidup ini tidak lari dari ujian dan dugaan. Semoga tabah menghadapinya.
ردحذفSemoga abang dan adik juga memahami keadaan. Doa saya akan tetap bersama adik izz...Insyaallah
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!