Sudah tamat Karnival Upin dan Ipin 2015. Sememangnya 'Keajaiban Bermula'. Sejak kali pertama aku dan anak-anak pergi ke Karnival Upin dan Ipin 2014 'Inilah Kegembiraan' di PICC yang lalu, aku pasti yang aku akan pergi lagi jika karnival ini diadakan lagi. Dengan syarat, lokasinya mestilah berhampiran dan aku mudah untuk pergi.
 |
Tak sabar-sabar mereka hendak masuk. Waktu itu aku sedang beli tiket. Akhirnya... |
Tahun ini, Karnival Upin dan Ipin 2015 diadakan di MAEPS, Serdang. Memang aku tidak lepaskanlah peluang untuk pergi lagi. Hari kedua aku pergi. Alhamdulillah, pada aku penganjuran kali ini lebih 'organized' dan lebih lancar. Aku sampai sana sekitar jam 3.30 PM. Parking kereta dan kemudiannya menaiki bas. Beli tiket masuk pun teratur dan aku tidak perlu beratur lama untuk beli tiket.
 |
Waktu aku sampai baru selepas hujan lebat, jadinya kurang sedikit orang beratur. |
 |
Antara tentatif program sepanjang karnival berlangsung. Aku mujur sampai tepat masanya. |
Aku 'prefer' untuk ke Main Hall kerana ada show Ultraman Ribut. Hahaha, aku yang 'excited' atau anak-anak yang 'excited'? Tak lama pun aku menunggu di dalam dewan kerana slot untuk pertunjukan Ultraman Ribut pada jam 5.00 PM. Sementara menunggu, sempatlah kami layan slot "Perarakan Upin, Ipin dan kawan-kawan", slot "Hot fm" dan slot "Pada Zaman Dahulu bersama Ara dan Aris".
 |
Sempatlah mereka melihat Perarakan Upin, Ipin dan kawan-kawan. Berebut hendak naik ke stage. |
 |
Tengok budak baju oren 2 orang itu. Kalau boleh hendak panjat naik atas. |
'Port' pun baik punya sebabnya aku dan anak-anak hanya 3 meter betul-betul di depan 'stage'. Anak-anak, apa-apa slot pun mereka memang 'excited' sama juga dengan anak-anak orang lain. Dipesan berkali-kali oleh MC jangan berdiri depan 'stage', emmm kanak-kanak, kan? Memang tak lah nak dengar cakap. Tambah-tambah pula memang semua watak-watak kegemaran mereka termasuklah anak-anak aku.
 |
Paling best dan dinanti-nantikan. Show "Ultraman Ribut". |
 |
Ultraman kegemaran ramai iaitu Ultraman Zero |
Saat yang ditunggu-tunggu tiba bilamana slot "Ultraman Ribut" tiba. Semakin rancaklah kanak-kanak dan 'parents' semua. Hahaha. Tapi kan, kali ini kurang sikit Ultraman nya. Tahun lalu ada 5 Ultraman dan kali ini cuma ada 4 sahaja. Ada Ultraman Ribut, Ultraman Zero, Ultraman Tiga dan Ultraman "Evil Tiga". Apa pun, memang menyeronokkan.
 |
Antara watak Ultraman yang ada. Ultraman Ribut, Ultraman Zero dan Ultraman Tiga |
 |
Tengoklah, port mereka memang paling baik. |
Seperti tahun lepas, raksasa terakhir pastinya yang paling besar. Iya, kali ini pun sama, memang besar raksasanya. Sekejap sahaja pertunjukannya. Lebih kurang 30 minit. Rasa tidak cukup, tapi memadailah kerana sangat-sangat seronok. Aku fikir untuk balik selepas slot "Ultraman Ribut" ini, tapi anak-anak tidak mahu kerana selepas itu ada slot "Puteri" dan slot "Pertunjukan Silap Mata Pin Pin Pom".
 |
Slot "Puteri". Anak-anak kat depan sekali, aku saja lepak belakang sekali. |
 |
Slot ini juga terbaik. Pertunjukan "Pin Pin Pom". |
Layan sajalah. Bukan selalu karnival ini diadakan, kan? Habis acara "Pin Pin Pom' itu, aku beransur pulang. Luar dewan nampaknya hujan, terpaksa aku dan anak-anak redah sahaja menaiki bas ke 'parking' dan pulang. Seronok, memang sangat seronok.
 |
Alhamdulillah, perkhidmatan bas disediakan. Kalau tidak, peluh ketiak menapak. Jauh kot? |
Tahu tidak apa yang paling menyeronokkan anak-anak? Kali ini anak-anak ditemani mama Izz. Opah Izz beri peluang along Izz dan angah Izz berseronok dengan mama Izz sementara opah Izz berkorban menjaga adik Izz di wad.
 |
Kebahagiaan buat along Izz dan angah Izz kerana kali ini mereka bersama mama Izz. Alhamdulillah. |
Terima kasih opah Izz.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!