Setelah berpuasa sebulan, akhirnya adik Izz 'beraya'. Cumanya, adik Izz hanya boleh minum sahaja, makan belum boleh. Tidak kisahlah samada beri susu, air masak, jus dan apa-apa lah. Beri sahaja dia minum. Beberapa minggu jugalah adik Izz menyambung puasa 'menahan lapar'.
Ikutkan dia tidak lapar pun sebabnya adik Izz dapat keperluan nutrien dia daripada Nutrisi Parenteral (TPN) itu. Cuma iyalah, tiada langsung makanan masuk ke dalam mulutnya. Asyik-asyik minuman sahaja. Akhirnya, dapat juga kebenaran beri adik Izz makan. Tapi, bersyarat. Apa syaratnya?
Makanan perlu hancur atau mudah kata, senang hancur/ hadam. Tak bolehlah beri yang liat-liat atau susah hendak hancur. Kenapa? Maklumlah usus kecil adik Izz kan pendek, ditambah pula disambungkan dengan tiub lagi. Yang masuk pastinya akan keluar terus. Jika tidak hancur, khuatir sumbat pula pada tiub itu. Malahan, memang berlaku pun tiub tersumbat itu. Bila sumbat, yang seksanya tentunya adik Izz.
Yang jarang-jarang adik Izz makan, mama Izz beri sikit-sikit. Contohnya biskut. hancurkan atau cicah je dalam air milo. Jika Choki-Choki, itu tiada masalah, bagi saja sebatang tu, pandai je adik Izz makan sendiri. Lain-lain, samada hancurkan dahulu baru suap atau pun adik Izz kunyah sampai hancur.
Menu utamanya sudah tentulah yang aku bawak ke wad tiap-tiap pagi itu. Bubur nasi kisar dengan sup sayur. Di wad, mama Izz beri nestum juga. Sup sayur itu pun syarat saja, sebabnya adik Izz hanya di beri kuah sup nya sahaja. Sayur tidak sebabnya berserat dan susah hendak hadam.
Seronoknya, macam-macam makanan adik Izz hendak cuba. Jangan makan depannya kerana dia akan minta. Jika yang adik Izz boleh makan, boleh saja makan depan dia. Jika ada menu yang adik Izz tidak boleh makan, menyoroklah bawah katil makan sebab tak nak bagi dia nampak.
Selamat menjamu selera.
semoga adik izz cepat sembuh...hanya doa mampu dikirimkan buat adik izz
ReplyDeletesiannya/ hi done folo, folo me back ;)
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh seperti sediakala
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!