Aku ingat lagi bila doktor kata, "semua yang pada Izz semuanya baru". Tapi, aku tahu apa yang doktor rancangkan, apa yang doktor lakukan, itu semua untuk adik Izz. Untuk melihatnya sembuh, untuk mengurangkan deritanya, untuk menyelamatkannya. Takpalah, mereka berusaha selainnya biarlah Tuhan saja yang menentukannya. Kami? Kami akan menjaganya sebaiknya dan sentiasa mendoakannya.
Memandangkan pada sesi pembedahan ke 22 yang lalu usus kecil adik Izz tidak mengembang dan tidak dapat dipanjangkan, buat sementara tiada 'plan' untuk usus kecil adik Izz. Alhamdulillah ususnya sedikit memanjang. Kini usus kecil adik Izz sepanjang 11CM. Inilah yang dikatakan "MIRACLE". Sebab itu, adik Izz tidak boleh tidak, masih memerlukan Nutrisi Parenteral (TPN). Bukan saja memerlukan, malah akan menerima Nutrisi Parenteral (TPN) sepanjang hayatnya.
Yang di dada bertiub itulah tiub CVL adik Izz. |
Bagi "TPN dependant" seperti adik Izz, tiub CVL diperlukan. Sebabnya TPN perlu diberikan melalui salur darah utama adik Izz. Tiub CVL adalah tiub yang ada di dada adik Izz. Apa pula tiub CVL ini? CVL merupakan singkatan untuk Central Venous Line (Central Vena Line). Juga biasa dengar CVL dipanggil garis pusat atau kateter (catheter) vena pusat.
CVL adalah tiub fleksibel panjang, lembut dan nipis yang dimasukkan ke dalam salah satu daripada urat besar di dada yang membawa kepada jantung. CVL boleh digunakan untuk memberi nutrien atau ubat-ubatan kepada bayi. Ia hanya dimasukkan ke dalam apabila bayi memerlukan nutrien IV atau ubat-ubatan untuk masa yang lama.
Gambarajah tiub CVL ke jantung. Sumber gambar : google image. |
Bagi kes adik Izz, CVL digunakan untuk berinya TPN yang mana dalam TPN itu ada semua keperluan nutrien, gizi, vitamin dan sebagainya kerana usus 11cm adik Izz tidak dapat menyerap kesemua keperluannya.
Jenis CVL bergantung kepada keperluan pesakit. Adik Izz menggunakan CVL yang 'single' lumen. Ada yang memerlukan CVL jenis 'double', 'triple' dan 'quadruple' lumen. Kalaupun adik Izz perlukan extra, CVL hanya disambungkan dengan '3 ways stopcock'.
Itu sajalah yang aku faham mengenai CVL. Untuk info, adik Izz sudah jalani 11 kali pembedahan melibatkan CVL. Next mungkin aku boleh bercerita berkenaan "bagaimana menjaga tiub CVL"? In Shaa Allah.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!