APAKAH NASOGASTRIC (RYLES) TUBE?

Setiap kali adik Izz jalani pembedahan melibatkan perutnya dan usus, pasti akan dipasangkan Ryles Tube pada hidungnya. Dulu, aku cuma tahu yang Ryles tube ini tujuannya untuk keluarkan cecair dari dalam perut adik Izz supaya dapat elakkannya daripada muntah-muntah. Betullah itu kegunaannya. Tapi, apakah maksud Ryles tube yang sebenarnya?

Nasogastric (Ryles) Tube adik Izz
Pada hidung adik Izz itulah tiub NG (Ryles Tube), terus ke dalam perut.

Nama penuhnya Nasogastric (Ryles) Tube atau singkatannya tiub NG. Ia merupakan satu tiub yang dimasukkan melalui hidung dan turun melalui nasofarinks dan esofagus terus ke dalam perut. Ia adalah tiub fleksibel yang diperbuat samada daripada getah atau plastik, dan ia mempunyai potensi dwi-arah. Maksudnya, boleh digunakan untuk memasukkan ataupun mengeluarkan. 

Dalam kes adik Izz, ia digunakan untuk mengeluarkan kandungan perut , termasuklah udara, untuk nyahmampat perut, atau untuk mengeluarkan benda-benda kecil pepejal dan cecair , seperti racun dari perut selepas dia menjalani pembedahan. 

Gambarajah Nasogastric tube
Gambarajah tiub NG. Sumber : google

Dalam kes lain, tiub NG juga boleh digunakan untuk meletakkan bahan-bahan ke dalam perut , dan ia boleh digunakan untuk meletakkan nutrisi terus ke dalam perut apabila pesakit tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut. Ooooo, ok! 

Selain itu, tiub NG juga membantu memudahkan diagnosa klinik melalui analisa subtansi isi perut adik Izz.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post