Fuhhh, sebulan aku bercuti. Anak-anak cuti sekolah, aku pun turut sama bercuti. Menjaga mereka sepanjang Disember ini cukup memenatkan tetapi menyeronokkan. Bila aku bercuti, blog pun turut sama bercuti. Saja aku plan bercuti panjang sebabnya aku taknak hantar anak-anak ke taska. Biar mereka betul-betul merasai "apa itu nikmatnya bercuti".
Mama Izz? Dia seperti biasalah. Bercuti kerana menjaga adik Izz. Opah Izz dan atok Izz pun sama aku beri 'cuti' kepada mereka untuk berehat. Mereka pulang ke kampung dan luangkan masa bersama di kampung. Agak lama jugalah tinggalkan aku dan along Izz serta angah Izz di sini.
Walaupun aku dan anak-anak bercuti, rutin harian aku ke hospital menjenguk mama Izz dan adik Izz tetap aku teruskan. Itu tanggungjawab aku.
Oklah cuti sudah tamat dan anak-anak pun sudah mula bersekolah. Along Izz sudah menginjak ke darjah 2 dan angah Izz yang berusia 5 tahun pula di Tabika Kemas.
Alhamdulillah dipermudahkanNYA segalanya.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!