Kenapa aku potong Hypafix 7 dan 8? Haaa...Ini pada pendapat aku lah kan! Tujuannya supaya tiub CVL di dada adik Izz lebih tegap, lekap, dan more secure. Apa itu 7 dan 8? Hypafix ada petak-petak dibelakangnya yang mana aku jadikan sebagai tanda ukur dimana aku harus potong. Jika 7, maknanya aku akan potong selepas 7 petak. Jika 8, maknanya 8 petak lah.
Kebiasaannya aku akan potong 2 bahagian 7 petak dan 2 bahagian 8 petak. Dimana pula letaknya 7 petak dan 8 petak ini? Mudah sahaja. Selesai dressing CVL adik Izz, lubang dimana tiub CVL keluar akan diletakkan dengan Gauze. Di atas Gauze, ditampal dengan Hypafix 7 petak. Selesai 2 bahagian 7 petak, tiub akan dililit mengelilingi Gauze dan aku akan tampal dengan 2 bahagian 8 petak pula. Ok, pening?
Tujuan aku ialah aku hendak Hypafix lekap pada kulit. Jika 7 petak diletak pada bahagian atas, ini maknanya ia hanya lekap diatas Hypafix 8 petak. Jika Hypafix masing-masing lekap atas kulit, aku akan rasa lebih 'secure'. Makna kata, kalaulah adik Izz tarik tiub CVL (hopefully not happen again), 8 petak akan terbuka dahulu dan 7 petak masih akan lekap pada Gauze dan CVL. Ok, pening lagi?
Emmm, rujuk gambar sajalah bagaimana rupanya nanti. Hehehe. Ini je lah yang aku amalkan sampai sekarang. Hypafix ini bagus, sesuailah dengan harganya yang agak mahal. Wad tidak sediakan Hypafix. Biasanya aku dapatkan di farmasi dan tak semua farmasi ada menjual Hypafix. Sekotak 10m x 10cm tahanlah sebulan. Ok, melalut.
Bila sudah ditampal. Begini rupanya. |
Faham tidak Hypafix potong 7 petak dan Hypafix potong 8 petak? Tak faham takpe. Aku pun faham sebab aku selalu buat dan memang kena buat pun jika adik Izz di rumah untuk Home Parenteral Nutrition (Home TPN). Kalau di wad, staff nurse yang akan lakukan semua.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!