Child Cot sama seperti di wad yang aku order melalui manufacturer "Kilang Perabot Hospital" telah pun sampai dua hari selepas urusan pembayaran dilakukan. Alhamdulillah.
Memang niat nak tukarkan "Wooden Child Cot" adik Izz yang diwarisi daripada along Izz dengan "Steel Child Cot". Sudah 8 tahun usia katil along Izz itu. Lagipun, memang seboleh-bolehnya di dalam "Bilik Khas" adik Izz (bilik rawatan) tidak digalakkan perabot berasaskan kayu kerana ia memerangkap habuk.
Mudah saja nak pasangnya. Pasang siap! |
Cuma sebelum ini aku 'hold' dahulu kerana kekurangan bajet. Bajet yang ada digunakan untuk tujuan renovation "Bilik Khas" berkenaan disamping menyediakan kelengkapan utamanya. Syukur kerana kami dibantu insan yang bermurah hati menunaikan hajat ini. Semoga dengan penambahbaikan keperluan "Bilik Khas" adik Izz ini, keadaan kesihatan adik Izz akan bertambah baik.
Sama macam di wad yang adik Izz gunakan sekarang. Strong! |
Memang sudah ada dengar-dengar adik Izz akan pulang ke rumah (discharge), tetapi perlu tunggu sehingga luka pembedahan pada bahagian perut adik Izz yang terbuka sebelum ini cantum dahulu dan sembuh. Iyalah, doktor pun tidak mahu susahkan kami untuk menjaga banyak perkara.
Dah siap. Alhamdulillah. Terima kasih bantu kami. |
Untuk Home Parenteral Nutrition (Home TPN), kami hanya perlu fokus pada "dressing" tiub CVL (Central Venous Line) dan "dressing" TPN (Total Parenteral Nutrition) sahaja. Jadi, dapatlah sekurang-kurangnya mengurangkan kesilapan dan jangkitan.
Bila balik? Wallahualam. Doakannya agar cepat sembuh. In Shaa Allah.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!