Banyak cara sebenarnya untuk dressings CVL ni. Lain orang, lain caranya. Asalkan ianya "sterile" dan "clean", rasanya itu sudah memadai. Hari ini aku nak share tentang How to Put On a Gauze Dressing. Biasanya ini dilakukan selepas dressings CVL untuk connect TPN ataupun dressings CVL untuk disconnect TPN.
Yang putih tu, yang sudah siap di tapekan |
Bagaimana Untuk Letakkan Gauze Dressings?
Pertama, letakkan persegi kain kasa (gauze swab) atas "exit site" tiub CVL. Exit site ini lubang dimana tiub CVL (Central Venous Line) itu keluar.
Kedua, sudah boleh tanggalkan sarung tangan (gloves) yang digunakan masa dressings CVL tadi. Kalau dirumah (home TPN), mama Izz tidak perlu tanggalkan gloves pun sebabnya aku yang akan lakukan selebihnya.
Ketiga, letakkan pita (Hypafix) di luar pad kasa (gauze) pada semua side. Letakkan kepingan pertama (first piece) pita di tengah pusat gauze (center of the gauze) dan lebihkan sehingga catheter (tiub). Picit pita (Hypafix) di sekitar catheter (tiub) di bahagian bawah Gauze.
Picit/ cubit sedikit di sekitar tape (Hypafix) pada catheter (tiub) supaya ia melekap.
Keempat, gunakan dua lagi keping pita (Hypafix) untuk menutupi kain kasa (gauze). Tepi pita perlu bertindih supaya ia lekap pada semua. Maknanya lapisan pita kedua diatas lapitan pita pertama dan lapisan pita ketiga pun sama diatas lapisan pita pertama.
Kelima, gegelungkan (eh, apa bahasa lah aku pakai ni?) tiub CVL tu dan pitakan (tape) ke dada. Senang kata, gulungkan tiub CVL (macam salah bahasa juga ni). "Rounded"kan tiub CVL tu dan "tape"kan (Hypafix) ke dada. Haaa, cakap english baru senang faham, kan?
Ini apa yang aku lihat selalu lah. Nampak elok, betul caranya, rasanya aku tiada masalah pun bab ni. Cuma berkongsi apa yang aku tahu dan dengar sahaja.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!