GENERASI PALING BERUNTUNG?

Ramai yang kata bahawa "siapa yang lahir pada tahun 70an dan 80an" adalah generasi yang layak disebut sebagai generasi paling beruntung. Sebab apa? Sebabnya generasi pada tahun-tahun itulah yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini. Perghhh! Apa pula loncatan teknologi yang dimaksudkan itu?


Generasi 70an dan 80an dikatakan generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Betul tak? Sekarang ni masing-masing sudah menaip menggunakan keyboard dan keypad. Aku kenal mesin taip tapi aku tak pernah pun menaip menggunakan mesin taip walaupun aku ini generasi 80an. Anak-anak aku? Toksah lah tanya. Mereka cuma kenal laptop, phone dan tab.

Generasi 70an dan 80an juga dikatakan generasi terakhir yang merakam lagu dari radio menggunakan tape recorder. Aku pernah buat. Tapi tak lama rasanya, sebabnya masa aku remaja sudah mampu aku nak beli tape. Seingat aku masa tu RM5. Bolehlah layan dengar di radio ataupun walkman. Jenis yang CD punya, aku takde. Abah tak bagi beli. Sekarang? download aje. Mudah!

Generasi 70an dan 80an

Generasi 70an dan 80an juga dikatakan yang paling sihat antara generasi. Kenapa? Mau nya tak sihat, balik sekolah mandi sungai, panjat pokok, lastik burung lah, main gasing lagi, getah grip dan macam-macam lah. Memang penuh dengan aktiviti dan permainan. Anak-anak aku kalau tak duduk rumah tengok tv, diorang main gadget. Paling tidak pun, aku bawa diorang main di taman.

Permainan dulu-dulu

Generasi 70an dan 80an juga merupakan geng tanpa janji, tanpa telefon/ sms tetapi masih boleh berkumpul bersama-sama menikmati malam minggu. Haha. Iyalah, tinggal di kampung, rumah dekat-dekat saja. Nak jumpa kawan, kayuh saja basikal/ jalan kaki pergi terjah rumah. Confirm ada. Sekarang, kalau tak berjanji atau telefon dulu tanya "ada di rumah atau tidak?", "free atau tidak", memang payah lah nak jumpa.

Generasi 70an dan 80an tak perlu fikir pasal jalan sesak (jammed). Betul, kan? Naik motor, naik basikal boleh pergi mana-mana layan tiupan angin. Paling penting, tak payah pun pakai helmet walaupun lalu depan pondok polis. Sekarang ni, anak-anak aku main basikal pun kena ada tempatnya, kena pakai safety bagai. Bagi diorang main basikal atas jalan raya, emmm memang kena langgar lah jawabnya.

Generasi 70an dan 80an, generasi yang tak perlu risau untuk berjalan kaki berkilometer jauhnya. Rileks saja. Pergi sekolah, sendiri. Pergi kedai, sendiri. Pergi pasar sehari, sendiri. Sebabnya, generasi ini tak perlu berfikir ada penculik. Kini, faham-faham lah. Nak main depan rumah pun kena diperhatikan. Banyak bahayanya.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikatakan mengenai generasi 70an dan 80an ini. Pasal tv hitam putih, pasal posmen hantar surat cinta, macam-macam lah. Hanya generasi 70an dan 80an yang tahu. Korang pasti senyum bila teringat, kan? Itulah kita, generasi 70an dan 80an.

Setiap generasi, ada kenangan dan kelebihannya.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post