"Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) adalah sejenis bakterium yang bertanggungjawab untuk menyebabkan jangkitan kepada manusia. Ia merupakan salah satu dari jenis-jenis bakteria yang sukar dirawat. Ia juga dikenali sebagai perintang pelbagai dadah Staphylococcus aureus atau oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA).
MRSA adalah, secara definisinya merujuk kepada apa-apa strain Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang membina perintang antibiotik kepada antibiotik beta-lactam termasuklah Penisilin (methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin, etc.) dan juga cephalosporin.
MRSA adalah sesuatu keadaan yang menjadi masalah kepada sesetengah pesakit di hospital dimana pesakit dengan luka terbuka dan mempunyai sistem imun yang lemah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan nosocomial daripada orang awam yang sihat."
Sumber : ms.wikipedia.org
Inilah kuman yang dikesan dalam sample kahak dan air kencing adik Izz. Ermmm!
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!