CARA MENYIMPAN UBAT KANAK-KANAK DENGAN BETUL

All this time, semua ubat anak-anak aku, aku simpan dalam peti sejuk. Cuma ubat adik Izz sahaja aku simpan dalam peti ais berasingan, but still dalam peti ais. Kebanyakan ubat anak-anak aku dalam bentuk cecair. Iyalah, mereka kan masih kanak-kanak. Jika beri ubat biji, alamatnya memang payah lah mereka nak makan. Rupa-rupanya ada ubat yang boleh disimpan dalam peti sejuk dan ada yang tidak boleh.

Ilustrasi tempat penyimpanan ubat

Penyimpanan ubat dengan cara betul adalah suatu perkara penting yang selalu dipandang remeh. Berikut adalah cara-cara penyimpanan ubat cecair minum yang sesuai :

1. Label
Baca label pada botol ubat dan ikut arahan penyimpanan yang disyorkan. Hahaha. Ini yang tak lalu. Aku tak pernah baca pun label pada botol. Selalu aku cuma tanya pharmacist, "boleh tak simpan dalam peti sejuk?". Rupa-rupanya, sesetengah ubat memerlukan cara penyimpanan yang khas dan ini selalunya tertulis pada label ubat. Lepas ni In Shaa Allah aku akan cuba baca ye. Emmm, kalau label dah kena tampal dengan label hospital atau klinik, macammane? Kan...

2. Persekitaran
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan dilindungi daripada cahaya matahari. Secara umumnya, semua ubat perlu disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada suhu yang ekstrem dan kadar kelembapan yang tinggi. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan ubat hilang keberkesanannya serta boleh dicemari oleh mikroorganisma. Ingat tu!

3. Jenis Ubat Cecair

 3.1 Ubat cecair dengan pengawet
Ubat cecair yang mengandungi pengawet boleh disimpan pada suhu bilik kecuali dinasihatkan lain pada labelnya. Ubatan cecair yang telah dibuka tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan ataupun melampaui tarikh luputnya (bergantung tarikh yang mana sampai dulu). Ubatan yang belum dibuka boleh disimpan sehingga tarikh luput sekiranya disimpan tempat yang betul.

3.2 Ubat cecair tanpa pengawet/serbuk
Bagi ubat cecair yang tidak mengandungi pengawet, adalah dinasihatkan untuk membaca nasihat pada label untuk tempoh penyimpanan. Jika tiada maklumat tempoh penyimpanan, jangan simpan lebih daripada 2 minggu. Ubat jenis ini seharusnya disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keberkesanannya. Contoh ubat yang tidak mengandungi pengawet adalah ubat serbuk yang perlu rekonstitut sendiri (ditambah air sebelum guna) terutamanya antibiotik. Ubatan serbuk yang belum direkonstitut boleh disimpan pada suhu bilik dan masuk dalam peti sejuk selepas dibuka.

4. Warna dan bau ubat
Perhatikan warna ubat sebelum guna. Jika ada perubahan pada warna atau bau, jangan guna walaupun ubat tersebut belum sampai tarikh luputnya.

5. Botol ubat dari klinik
Botol ubatan cecair yang didapati daripada klinik selalunya tidak mempunyai arahan penstoran dan mengandungi ubatan cecair berpengawet. Oleh itu, ubat-ubat ini yang tidak mempunyai tarikh luput tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan dari tarikh mendapat ubat tersebut.

6. Bekas asal
Bekas penyimpanan ubat yang paling sesuai adalah bekas asalnya. Penukaran atau pemindahan ubat ke dalam bekas lain terutamanya bekas-bekas makanan atau bekas ubat lain adalah tidak digalakkan. Orang lain terutamanya kanak-kanak boleh tersilap dan sangka ubat tersebut adalah makanan lain. Ini menjadi lebih bahaya sekiranya anak-anak kecil tersilap minum. Sesetengah ubat juga memerlukan bekas penyimpanan khas untuk memastikan keberkesanannya terutamanya sesetengah antibiotik yang sensitif cahaya.

7. Lokasi
Lokasi tempat penyimpanan ubat seharusnya dijauhkan dari kanak-kanak. Tempat simpan ubat sebaiknya di paras yang tinggi dan tidak boleh dicapai serta jauh dari penglihatan anak-anak kecil.

Kesimpulannya, penyimpanan untuk semua jenis ubat seharusnya berdasarkan cadangan yang terdapat pada label ubat. Jangan sayang untuk membuang ubatan luput semata-mata kerana masih banyak tertinggal. Nantilah aku cerita pasal ubat dalam peti sejuk ni. Nanti ye! Oh, jika ada keraguan, dapatkan kepastian dan nasihat daripada ahli farmasi berdekatan ye.


~This article was originally posted in www.doktorbudak.com

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post