Aku suka baca artikel berkenaan kesihatan anak-anak. Nak cari berkenaan adik Izz agak susah sedikit sebabnya banyak artikel atau jurnal adalah daripada luar negara. Ada je yang dalam negara, but kurang. Manalah tahu sedang baca-baca, terjumpa cara nak ubati penyakit adik Izz, kan? Mudah-mudahan.
Aku terbaca satu soalan dari seorang ibu tentang susu formula. Menarik. Aku dulu pun pernah hadapi hal yang sama, "bagaimana memilih susu yang terbaik?" untuk anak. Kadang terfikir, susu mahal ni lagi bagus ke daripada susu murah? Atau sama sahaja, bezanya cuma "brand"?
Baru tukar susu Mamex Gold adik Izz kepada Pediasure! Murah sket! |
Oklah, begini soalannya,
"Doc, anak saya berumur 5 bln, berat lahir 2.3kg kini 5.7kg. Beratnya naik setiap bln tetapi hnya brada diatas garisan kuning pd graf ptmbuhan. Nurse mcadangkan sy mnukar kpd susu formula yg lain. Dgn pelbagai jenama susu dipasaran, bagaimana utk memilih susu yg sesuai, tambahan pula anak sy jarang buang air besar, 2@3hri skali sejak lahir lagi tetapi najis tidak keras. Adakah pbezaan kualiti susu yg mahal dgn yg murah,dan adakah ia mempengaruhi pkembangan IQ anak?"
Sumber : google |
Begitulah soalan yang ibu itu tanyakan kepada doktor. Tahu tidak apa jawapan doktor berkenaan? Ini jawapannya,
"Sekiranya najis tidak keras, perut tidak kembung dan tiada muntah maka kebarangkalian bahawa ia adalah masalah serius sangat rendah. Sekiranya dia mengikut graf, tidak perlu menukar susu apatah lagi pada umur 6 bulan dia akan bermula makan. secara kasar, berat baby naik 2 kali ganda berat lahir pada umur 4-6 bulan. sekiranya tinggi dan ukur lilit kepalanya ok, serta dia sihat dan aktif, tidak perlu risau. Pastikan pemakanan dimulakan dengan baik. Ada artikel tentang topik tersebut di blog oleh Dr Pravin . Perkembangan IQ kanak2 tidak bergantung pada susu mahal atau murah tetapi lebih kepada stimulasi dan kasih sayang serta pemakanan seimbang".
See? Aku ulang semula ye. "Perkembangan IQ anak-anak tidak bergantung kepada susu yang mahal atau yang murah, sebaliknya lebih kepada stimulasi, kasih sayang serta pemakanan seimbang". Mengenai artikel oleh Dr Pravin itu, aku cuba cari dan ini yang aku dapat (baca disini).
Jadi? Mana satu pilihan anda? Apapun, susu ibu tetap yang terbaik.
Sumber : google |
~This article was originally posted in www.doktorbudak.com
betul tu..keserasian pada bayi yang penting,,anak 1st dulu minum mamex gold juga..kemudian pediasure..sekarang dutch lady. anak ke2 minum dutchbaby, cuba bagi susu lain dia tak nak..rezeki anak berbeza2..
ReplyDeleteBetul..susu ibu adalah yg terbaik seantero dunia.tp,tk dinafikn bkn semua ibu2 yg berpeluang utk memberi susu ibu.maka,carilah susu yg cukup nutrien utk ank dan yg penting serasi dgn ank tk kira murah atau mahal.
ReplyDeleteSusu apa pun yang penting adalah pendidikan keatas anak nak bagi cerdik. IQ anak tinggi bila sentiasa diransang. Susu asbab jer kan.
ReplyDeleteKami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.
ReplyDeleteKami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!