PRACTICE MAKES PERFECT!

Praktis .. Praktis .. Dan praktis lagi! Itu sahaja yang mampu dilakukan untuk sekurang-kurangnya meminimakan kesilapan. Ok, pasal apa yang aku merepek ni? Sebagai ibu bapa, aku dan mama Izz berusaha untuk berikan yang terbaik buat anak-anak. Yes, yang terbaik! Semua pun akan lakukan yang sama juga kan kepada anak-anak? For sure lah kan! 

Kita tolak tepi seketika soal along Izz dan angah Izz. Mereka pun Alhamdulillah dah besar sedikit dan sudah pandai menjaga diri. Kita fokus kepada adik Izz. Dia "istimewa" sedikit kerana dia bukan sahaja perlukan 'above the level' yang terbaik malah dia perlukan 'above the level' perhatian. Faham, kan?

 If at first you don't succeed, try, try again.

Kenapa aku kata praktis? Ini semua kerana aku dan mama Izz masih banyak yang perlu diperbaiki dalam soal "dressings CVL and TPN in a proper way". Aku perlukan satu cara...iya, satu cara yang boleh aku dan mama Izz jadikan panduan dan follow sahaja cara itu. 

Sekarang...aku ada 4-5 cara untuk "dressings CVL and TPN". Mana satu betul? Semuanya betul. A kata begini. B kata begitu. C pula kata macam ini. D kata, boleh begini. Dan E kata, ini salah. Kan ada 4-5 cara tu? Oklah.

Satu sahaja cara yang aku terfikir sekarang ini, dan In Shaa Allah aku akan request nanti. Cari satu hari untuk aku dan mama Izz lihat "the proper way of dressings CVL and TPN". Dari situ, aku akan follow step by step, A to Z, apa yang di demo kan. 

encourage someone to continue to do something many times

Mungkin kalau aku dapat kebenaran, aku fikir untuk videokan saja sesi berkenaan. Atau mungkin aku snap picture of the process, print, laminate and tampal pada wall supaya aku dan mama Izz dapat lihat dan hadam the process? Nantilah, tengok bagaimana!

From there, aku akan praktis, praktis and praktis.


1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. semoga dipermudahkan..selamat berpraktis.mungkin kena ambil 1 cara dulu praktis sampai pandai.lepas tu boleh olah lagi mengikut keselesaan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post