KENAPA LAH NASIB ADIK MACAM NI?

Kenapalah nasib adik macam ni? Seringkali aku dengar dari mulut mama Izz. Kalau pun bukan semasa bersembang dengan aku, aku akan dengarinya apabila mama Izz sedang berkata-kata seorang diri. Hati seorang ibu, seorang wanita, seorang isteri, aku pun susah nak faham. Tapi, aku tahu apa yang dirasainya. Mama Izz sedih sebenarnya. Aku pun sedih, cuma tak nampak je.

Adik Izz. Bagaimana aku nak gambarkan dia? Terlalu banyak yang telah dan akan dilaluinya nanti, tapi dia terus berjuang. 26 kali adik Izz di dewan bedah, 3 kali di angio room, 14 kali CVL insertion, Laparatomy pula tak ingat sudah berapa kali, Chemoports, PiCC line, Ivline, bius, ICU, Gastrostomy, macam-macam lah. Banyak sangat.


Aku? Baru sekali menjalani pembedahan kerana Apendiks pecah, itu pun sudah rasa tidak mampu menahan kesakitan selepas pembedahan. Tapi adik Izz? Allahuakbar, betapa anak ini diberi kekuatan olehNYA untuk menghadapi dugaan ini.

Kenapalah nasib adik macam ni?


Doa tak pernah putus buat adik Izz, malahan keluarga dan rakan-rakan pun turut sama mendoakannya. Mungkin dugaan buat pesakit Short Bowel Syndrome belum berpenghujung. Terbaru, bernanah di kawasan CVL insertion adik Izz. Nak cuci, kena masuk ke dewan bedah. Masuk dewan bedah bukan sekejap, sekurang-kurangnya 2 jam. Adalah rasa sedikit lega bila adik Izz sudah keluar dewan bedah. Tapi...bila dengar cerita nanah itu banyak, tahap mana bernanahnya, hati mula hilang rasa lega.

Entahlah. Selagi ada cara, selagi ada hayat, selagi ada daya, kami perlu yakin yang adik Izz akan sembuh. Apa yang termampu? Berikan adik Izz jagaan terbaik dan terus-menerus berdoa tanpa henti, Inshaa Allah akan didengariNYA rintihan kami semua. Mudah-mudahan.

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Allah menguji umat yang terpilih, semoga adik izz terus kuat dan keluarganya diberi ketabahan yang berlipat kali ganda..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah aminn~~ besar ganjarannya di sana nanti bagi orang yang bersabar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post