SUDAHNYA, BUAT TERAPI SENDIRI!

Hampir 3 minggu anak sakit kaki kanan. Hendak berdiri pun susah apatah lagi berjalan. X-ray? Sudah 4 kali jalani ujian X-ray, sampaikan ke tulang belakang pun dah X-ray tapi masih TAK TAHU sebab apa. Tak apalah, anak pun sudah discharged dari wad.

Di rumah, aku kerap sapukan kakinya dengan minyak sambil buat urutan ringan. Hendak dibawa kepada tukang urut, doktor tidak galakkan. Iyalah, takut jadi yang bukan-bukan pula.

Jadinya, setiap hari aku akan train anak untuk berdiri dan berjalan. Nampaklah sedikit perubahan bilamana anak dah mula boleh berdiri walaupun perlukan bantuan. Dia akan pegang sofa sambil-sambil mengangkat kakinya sedikit-sedikit untuk berjalan.


Ketara, kaki kanannya akan diseret sahaja. Nak angkat untuk menapak, belum mampu lagi. Oklah tu, ada kemajuan! Aku akan buat setiap hari sampailah anak boleh berjalan. Teringat 2 tahun lalu semasa dia mula-mula berjalan. “tak tih...tak tih...".

Ada juga guna petua tradisional untuk kakinya. Sapukan dengan sirih yang dilayur, mandikan dengan air daun kucai, guna bawang dan kapur sapukan pada setiap sendi, guna limau nipis, macam-macamlah petua yang digunakan.

Tak apa, kita berusaha, Allah jua penentunya. Inshaa Allah, dia pasti sembuh dan boleh berjalan nanti. Mudah-mudahan.

1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post