ADIK PUNYA PASAL, ABANG TAK KISAH

Minggu ni keadaan adik Izz agak stabil. Sejak on antibiotik V dan ubat P untuk cegah alergik tu, adik Izz dah tak demam. Dia pun nampak dah semakin baik. Alhamdulillah.

Minggu ni setiap hari aku dan anak-anak sampai rumah sudah malam. Kalau ikutkan jarak perjalanan 40km tu, bukanlah jauh sangat. Tapi, faham-faham sajalah bagaimana keadaan jalanraya di kotaraya ni.


Minggu ni sengaja aku balik lewat sedikit dari biasa. Sebabnya setiap petang selepas waktu kerja dan sekolah anak-anak, aku bawa mereka ke wad jenguk adik Izz. Dan, adik Izz sangat happy dengan kehadiran abang-abangnya.

Minggu ni je lah ye. Aku tak boleh buat begitu selalu sebabnya kasihan pula kepada abang-abang adik Izz ni. Sampai rumah dah jam 9.00pm, jam 11.00pm dah masuk tidur, esoknya jam 5.45am kena bangun pagi bersiap-siap ke sekolah pula.


Minggu ni nampak mereka agak penat. Kadang tu, sampai rumah mandi dan bersiap, terus tidur. Aku dah tanya mereka dahulu, tak apa ke balik lambat hari-hari ni? Mereka tak kisah.

Jadi minggu ni adik punya pasal, abang-abang tak kisah ye! Esok, biar mereka berehat. Kalau pun ke wad, biar aku saja yang pergi. Biasanya, mereka nak ikut. Hehehe. Semoga dipermudahkanNYA. Inshaa Allah.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post