TABUNG KAISAH DAN RAISAH

Usia kembar Nurain Kaisah Khairina dan Nurain Raisah Khairani yang menderita sindrom usus pendek dan bocor kini sudah mencecah 2 tahun, namun kembar ini tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman mereka sejak dilahirkan kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada peralatan hospital.

Kanak-kanak lain di hospital, dapatlah juga merasa pulang ke rumah. Sejak kembar dilahirkan pada 6 Januari 2015, mereka sekeluarga sudah 2 tahun berkampung di hospital atas belas ihsan pihak hospital yang memahami keadaan kami.

Dunia kembar ini hanyalah hospital. Laman permainan mereka adalah katil hospital. Jika mereka berasa sedikit kuat dan sihat, mereka akan dibawa bersiar-siar di pekarangan hospital.


Kaisah yang menderita sindrom usus pendek, masih gagal memberikan tindak balas positif biarpun sudah menjalani beberapa sesi pembedahan sejak berusia dua hari. Selepas menjalani pembedahan, doktor mendapati usus Kaisah bengkak, pendek, tidak bersambung dan sebahagiannya berada di luar. Usus Kaisah sepatutnya sepanjang dua hingga ke tiga meter, namun sehingga kini hanya 28.5 sentimeter (cm).

Sementara Raisah pula sudah dua kali menjalani pembedahan dan masih berdepan masalah usus rosak, sempit dan bocor. Doktor memotong sedikit usus Raisah dan kemudian melakukan stoma (bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumbuhan), namun apabila stoma ditutup, Raisah menghadapi masalah pencernaan hingga ususnya tidak dapat menyerap zat makanan walaupun susu ibu.

Kembar Kaisah dan Raisah perlu bertahan dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup jika tidak tubuh mereka akan lemah sekiranya mesin penyalur zat itu ditanggalkan walau sehari.


Doktor ada memberi peruntukan awal iaitu sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membeli tiga mesin khas termasuk peti ais khas bagi penyimpanan TPN, pendingin hawa, membina bilik khas yang mempunyai bilik air dan perabot khas bagi menyimpan ubat-ubatan dan alat pakai buang.

Marilah kita sama-sama membantu keluarga kembar Kaisah dan Raisah ini. Sebarang bantuan untuk Tabung Kaisah dan Raisah, boleh disalurkan di 514486524118 (Maybank), Puan Nur Hidayah Mukhtar.

1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Tak dapat bayangkan dua tahun duduk di hospital.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post