Akhirnya, sudah habis beri adik Izz antibiotik. 14 hari tu on Vancomycin. Dengar-dengarnya lah, dah negative MRSA. Alhamdulillah. Sekarang ni, mula semula lah beri adik Izz TPN.
Tiga minggu tanpa TPN, nampaklah susutnya. Mula masuk wad hari tu, berat badannya 13.9kg. Timbang hari ini, berat badannya 12.1kg. Fuhhh, boleh tahan turunnya tu.
Semalam dah mula infused TPN, 24 jam. Mungkin hari ini, dikurangkan kepada 22 jam pula. Harap, bila dah mula terima TPN ni, naiklah berat badan adik Izz. Mudah-mudahan.
Adik Izz dah mula untuk makan. Pelbagai juadah dia dah cuba. Tapi, iyalah adik Izz kan short bowel, berapa banyak serap tu yang jadi hal bukannya berapa banyak dia makan.
Semoga TPN ni tak bantutkan selera makan adik Izz. Bukan apa, sebelum-sebelum ni bila dapat TPN, langsung dah taknak makan. Sejak semalam on TPN, ok lagi lah selera makannya. Semoga dipermudahkanNYA.

Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!