SUSAH HATI BILA ANAK DEMAM

Ramadhan hampir tiba. Kita semua umat Islam pasti bergembira dengan kedatangan bulan mulia ini, kan? Dalam pada tak sabar hendak sambut puasa, adik Izz dilanda demam pula. Aduhai... Susah hati rasa.

Mana-mana parents pun akan rasa risau bila anak demam. Tapi bagi kami yang memiliki anak syurga Short Bowel Syndrome (SBS), risau kerana demam itu lebih berganda. Dalam fikiran terus terbayang “sebab CVL (Central Venous Line) ke?". Aduhai.


Semalam adik Izz rutin checkup. Macam biasalah ambil berat badan dan ambil blood sample. Alang-alang, terus beritahu doktor yang adik Izz demam. Tengok dalam tekaknya, kemerahan. Adik Izz pun sudah seminggu batuk dan selsema.

Doktor beri ubat dan antibiotik. Tanya juga berkenaan CVL adik Izz. Kata doktor, kena tunggu result darah dahulu. Aku harap, beberapa hari ini tiadalah panggilan dari wad beritahu darah adik Izz ada kuman. Takut sungguhlah kalau-kalau CVL adik Izz infected.


Kalau tiada panggilan telefon, Alhamdulillah...adik Izz demam biasa. Kalau dapat panggilan kata darah ada kuman, Allahuakbar...pasrah sajalah.

Tak apalah. Buat masa sekarang, berinya ubat ikut masa. Selebihnya, berdoa...

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم