CVL JE KAN?

Soalan “CVL je kan?" bunyinya biasa-biasa saja. Tapi jika soalan berkenaan salah ditanya ataupun salah orang, ia sangat tajam tau bunyinya. Bila tajam, ia akan jadi sangat pedih. Bila pedih, faham-faham sajalah. Jadi, berhati-hatilah ye!

“CVL je kan?". Untuk pengetahuan, CVL yang ada pada adik Izz sekarang adalah CVL yang ke-14. Maknanya adik Izz sudah jalani 14 kali prosedur CVL insertion.


“CVL je kan?". CVL perlukan salur darah utama untuk salurkan nutrisi daripada TPN. Bukan sembarangan salur darah boleh guna untuk CVL tau. Bila CVL perlu dicabut atau tercabut, salur darah berkenaan akan menjadi semakin sempit. CVL ke 14 adik Izz, hanya cukup-cukup muat dengan salur darah kerana salur darah yang ada sudah “shrinked 50%".

“CVL je kan?". Bagi seorang TPN dependent macam adik Izz, CVL itu sangat-sangat penting. Kalau tiada salur darah untuk insert CVL, bagaimana hendak salurkan TPN? Jika tiada TPN, bagaimana adik Izz hendak dapatkan zat nutrisi yang mencukupi untuk membesar?

“CVL ke kan?". Kami ni risaukan adik Izz bertempat. Ramai yang risaukan adik Izz. Sebab itu bila masing-masing tahu adik Izz ada masalah berkaitan CVL, masing-masing risau. Doktor, jururawat, family, rakan-rakan di wad, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan alam maya, semuanya risau.


“CVL je kan?". Tahu tak apa akan jadi jika adik Izz tiada salur darah untuk CVL untuk TPN? Tanyalah nanti dengan doktor dan jururawat yang merawat adik Izz. Bukan jauh pun, kita ni se wad saja. Sorry, sedikit emo, mungkin kerana salah masa bila diajukan soalan “CVL je kan?" itu.

Semoga dipermudahkanNYA. Aamiin.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post