HATI KAMI YANG SENSITIF!

Korang tahu tak hati dan perasaan ibu ayah yang punya anak istimewa ini sensitif??? Rata-rata ibu ayah ini mesti rasa tak syok especially bulan Syawal yang mulia ini. Sebab apa? Sebab perlu menadah telinga dengar itu ini yang negatif dari mulut orang yang kami kunjungi atau orang mengunjungi kami di bulan mulia ini.


Apa yang kami dengar???

Ayat yang rata-rata akan cakap dan juga lain perbuatan:

1. Kesiannya.....

2. Berminat pula nak tahu dari awal cerita. Kadang-kadang rasa malas nak mengimbas kembali kenangan pahit lepas.

3. Pandang dengan pandangan yang pelik. Dan ada juga yang cuba menjauhkan diri dengan riak muka rasa jijik.

4. Beri nasihat itu dan ini yang seolah-olah kami tak pernah usaha ikhtiar itu ini. Kami ni bukan tiap kali usaha nak heboh satu dunia pula.

Kadang bila kami sensitif orang cakap kami emosi mental tak kuat. Kami ini bukan sempurna. Nak jadi kuat bukan semudah kata-kata. Sokongan masyarakat amat penting, tak beri pertolongan lain tapi cukup kata-kata semangat ianya sudah sangat besar maknanya.

Apa peranan masyarakat??? Fahami keadaan kami. Hanya bayangkan sekiranya kalian berada ditempat kami. Bayangkan sedalam-dalamnya. Bukan kerja kami untuk sentiasa beri kesedaran pada kalian. Tak mudah kami nak berada dikedudukan sekarang dan jangan sebab kata-kata kalian ada yang menyimpan dendam dan seterusnya menyalahkan takdir.

Generasi baru makin lahir dan lahir. Mentaliti masyarakat perlu di UBAH dari sekarang. Untuk generasi yang lama mungkin susah untuk diubah TETAPI mentaliti generasi muda mudi perlu diubah dari sekarang.

Copy & paste daripada facebook:
Saidah Aziz
Ibu yang punya anak istimewa
Darwisy pejuang kecil Cerebral Palsy.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post