Ada minggu, adik Izz tidak akan kemana-mana, hanya duduk dirumah. Ada minggu, adik Izz akan keluar juga, itupun kerana adik Izz perlu ke wad untuk checkup. Biasanya, 2 minggu sekali adik Izz akan ke wad. Itupun bergantung. Kalau ada urusan, lajak 3 minggu sekali juga ke wad. Tapi jarang berlaku.
Aku tahu kalau duduk di rumah saja, lemau jadinya. Nak keluar selalu pun, adik Izz agak terbatas. Salah satu perkara yang paling perlu dielakkan, tempat-tempat yang crowded. Mana ada tempat yang tak crowded? Ada. Contohnya stesen minyak Petronas.
Adik Izz cukup suka ke Petronas. Biasanya Sabtu atau Ahad, aku akan bawanya keluar sekejap. Sekejap pun sudah cukup buatkan hati adik Izz berbunga-bunga. Apa yang bestnya dengan Petronas? Adik Izz je tahu.
Yang selalu aku lihat, saat adik Izz masuk je ke dalam Petronas tu, dia akan ke bahagian roti dahulu. Dia akan ambil sendiri samada Twiggies ataupun roti krim. Selepas itu, dia akan menuju ke peti ais. Nombor satu dia cari, ialah Milo kotak. Untuk along dan angah katanya. Then, nescafe tin. Ini air papa katanya. Lepas tu, air susu kotak Goodday. Ini untuk dia.
Kalau muat tangannya, dia akan pegang sendiri. Kalau tak muat, along dan angah akan jadi mangsa. Kalau masing-masing malas, dia akan buang je atas lantai. Lagi haru, kan. Tiba di kaunter, biasanya adik Izz akan minta letakkannya duduk atas kaunter. Ini memang dia suka. Sebabnya, dia suka ambil straw dan suka gigit straw. Hahaha. Kadang-kadang, dia akan nyembang dengan adik-adik manis di kaunter tu. “Acik" atau “kakak", kata adik Izz.
Stesen minyak Petronas tak jauh dari rumah aku. Oklah kan. Yang jadi hal nya, bila adik Izz perlu checkup di hospital. Dalam perjalanan pergi biasanya akan ada 2 stesen Petronas. Kalau boleh, kedua-duanya dia nak singgah. Aku tegas, satu je aku berhenti, Petronas Solaris tu. Balik pun, aku akan berhenti di Petronas yang sama, cuma lain jalan.
Ada apa dengan kedai Mesra Petronas tu? Tanyalah adik Izz. Hehehe.

anak saya pun macam tu jugak,kalau masuk kedai petronas,memang dia suka..jadi suka hati dia je nak ambil apa yang dia nak
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
Haha. Adik Izz ikutkan macam2 yang dia ambil. Tapi, bukan dia makan pun. Syok amik je tu.
DeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!