SEKEJAP PUN BESAR NIKMATNYA TAU

Bila tiba Sabtu dan Ahad, aku selalu fikir “kemana nak bawa adik Izz?". Kesian, Isnin sampai Jumaat terperap saja dia dirumah. Kalau ada keluar pun, hari Rabu. Itupun untuk jalani checkup rutin di wad tapi dua minggu sekali lah. Bolehlah dia jalan-jalan kejap. Oklah kan.

Nak bawa adik Izz outing, kena ada manfaat buat abang-abangnya sama. Kalau ke Alamanda, emmm banyak modal habis nanti. Maklumlah bawa anak-anak, 3 hero pula tu. Aku pun kureng. Hehehe.


Jadi, aku pilih untuk bawa adik Izz ke Dataran Masjid Putra saja. Tempatnya luas, tidak sesak walaupun ramai orang, yang sesak cuma kenderaan saja. Lagipun, sesuai untuk aktiviti keluarkan peluh. Along Izz boleh main badminton dengan mama Izz. Angah Izz boleh berkasut roda. Dan adik Izz? Tugas aku untuk jadi bodyguard, ikut kemana saja dia pergi.

Nak suruh adik Izz bersukan? Berpeluh pula nanti, tak pasal-pasal tergaru-garu CVL kerana tidak selesa. Jadi, aku cuma berjalan-jalan santai sahaja dengannya. Aku tak keluar peluh, adik Izz pun tak keluar peluh. Hehehe.

Biasanya tak lama aku bawa adik Izz outing. Dalam 30-40 minit, aku akan bawa balik. Bengkekkk je along Izz dan angah Izz kerana mereka tidak puas bermain. Tak boleh lama-lama sangat outdoor. Satu sebab, adik Izz terdedah lama sangat diluar. Sebab lain, nanti nak kena on TPN pula.


Syarat nak bawa adik Izz outing satu je, bawanya keluar bila hari dressing. Tak kisah mana-mana hari. Kalau Sabtu hari untuknya dressing, Sabtu lah aku bawa. Kalau Ahad hari untuknya dressing, Ahad lah aku bawa. Kenapa? Kerana selepas itu adik Izz akan dicuci CVL nya. Makluman, adik Izz dressing CVL 2 hari sekali. Tambahan, dressing TPN setiap hari.

30 minit, 40 minit, cukup ke? Kalau kita, tak cukup. Kalau adik Izz, itulah nikmat padanya. Cukup gembira melihatnya. Tak berhenti dia bergerak. Dia akan manfaat sebaiknya. Dia tahu, bukan hari-hari dia akan dapat peluang begitu. Aku dan isteri, asalkan adik Izz gembira dan sihat sudah memadai.

Semoga ada sinar kesembuhan buat adik Izz. Inshaa Allah.

2 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. semoga adik izz cpt diberikan kesembuhan . boleh la main dengana long dana ngah

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم