Selang 2 minggu sekali, aku perlu bawa adik Izz ke wad untuk checkup. Kenapa 2 minggu sekali? Kenapa bukan seminggu sekali? Atau kenapa bukan sebulan sekali? Entah...itu kena tanya doktor lah. Aku pun tak pernah tanya mereka kenapa adik Izz perlu datang ke wad 2 minggu sekali. Aku ikut saja apa yang doktor cakap, selagi aku mampu lah.
Yang aku selalu nampaklah, setiap 2 minggu sekali adik Izz ke wad, mereka akan ambil sampel darah adik Izz, ambil bacaan berat adik Izz disamping soalan-soalan berkenaan keadaan adik Izz di rumah. Kadang-kadang dressing pun tak. Nak tengok keadaan CVL adik Izz, aku cuma tunjukkan gambar sahaja. Kalau ok, oklah. Unless kalau aku perasan ada sesuatu yang tidak kena kepada CVL adik Izz, aku akan request untuk mereka dressing. Bergantung...
Biasanya aku akan bawa adik Izz datang ke wad untuk TCA (To Come Again) setiap hari Rabu. Kenapa Rabu? Sebabnya hari Rabu biasanya aku kena ambil stok TPN (Total Parenteral Nutrition) adik Izz. So, alang-alang aku bawa adik Izz routine, bolehlah terus ambil TPN. Cuma, kenapa aku tak boleh bawa adik Izz pada hari cuti ye? Hehehe, abaikan.
Oklah, malas nak merepek. Kalau nak tahu perkembangan adik Izz, korang boleh lawat Instagram (search je The Izz's) aku, Ada disana, bergantung kepada tahap kerajinan aku untuk update, sama juga dengan blog ni. Hahaha. Cuma satu aku harap. Harapnya untuk routine checkup ni, bolehlah aku buat di Putrajaya saja, tak perlu ke HKL. Send je result darah tu ke pharmacist, kan mudah? Hope soon. Bye!
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!