Aku mula berurusan dengan HKL ni pada tahun 2009. Anak sulung aku, along Izz waktu tu dimasukkan ke Wad KK5 (rasanyalah) kerana pneumonia. Dalam seminggu jugalah warded. Selepas itu lama dah tak berurusan dengan HKL sehinggalah tahun 2013, adik Izz dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sejak dari itu sampailah sekarang, aku banyak berurusan di HKL.
Adik Izz masih dengan Home Parenteral Nutrition (HPN) programnya. Sebelum ini, jika adik Izz ada apa-apa masalah kesihatan, aku akan terus ke HKL untuk mendapatkan rawatan. Sejak 2-3 tahun ini aku sudah boleh bawanya ke hospital/klinik kesihatan berhampiran, itupun setelah mendapat kebenaran daripada pihak doktor yang merawat (HKL).
Namun, ada urusan berkaitan adik Izz yang aku tak boleh dapatkan dari hospital/klinik kesihatan berhampiran. Contohnya, appointment tca (to come again). Setiap kali tca, berat badan dan sampel darah adik Izz akan diambil. Selain itu, doktor akan rekodkan perkembangan adik Izz sepanjang dia berada dirumah.
Urusan di HKL yang lain, TPN (Total Parenteral Nutrition). Bab TPN ni nak taknak memang aku kena ambil di Farmasi TPN, HKL. Mereka je yang supply stok TPN adik Izz. Jika menurut jadual, aku kena ambil 3 kali seminggu (tertakluk kepada perubahan). "Tak boleh ke Hospital Putrajaya bekalkan stok TPN?" Rasanya belum masanya lagi, mungkin akan datang kot? Hehehe.
Selain itu, adik Izz juga berurusan di HKL dengan therapist. Ini disebabkan oleh masalah pertururannya (speech delay). Ini takpa lah sebabnya setiap beberapa bulan, barulah ada appointment. Dan terbaru, aku request untuk refer adik Izz ke paediatricians. Bab paediatricians ni, aku masih menunggu kata putus daripada doktor yang merawat. Jika doktor refer, mungkin selepas ini aku tambah satu lagi urusan di HKL.
Berapa lama perlu berurusan di HKL? Pasal ni, sehingga adik Izz sembuh lah. Kalau adik Izz ni TPN dependent for life (semasa), nampaknya for life lah kena berurusan di HKL. Tapi takpa, berapa lama pun aku perlu berurusan di HKL, aku tak kisah. Janji adik Izz sihat selalu dan sembuh je. Inshaa Allah.
Ya Tuhanku, KAU permudahkanlah.

Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!