Bila aku sebut nak bawa adik Izz jumpa paediatricians, mesti ada yang tanya "kenapa nak bawa adik Izz jumpa paediatricians?" Oklah.. Adik Izz tahun ini usianya 5 tahun. Jadi, aku fikir tiba masanya untuk hantar adik Izz bersekolah. Dan aku perlu cari sekolah yang sesuai buatnya. Ikutkan banyak je taska/preschool di KL ni untuknya tapi sesuai ke untuk adik Izz?
Banyak taska/preschool yang menolak untuk terima adik Izz kerana CVLnya. Iyalah, mereka pun tak mahu bertanggungjawab jika terjadi apa-apa kepadanya. Ada satu taska/preschool yang sudi menerima adik Izz TAPI DENGAN SYARAT ada penjaga bersamanya. Tak kisahlah samada aku atau mama Izz sebagai penjaga selama 4-5 jam tu ataupun aku appoint (bayar) seorang penjaga sebagai pemerhati.
Tapi, apa kaitannya dengan paediatricians? Ada paediatricians (bukan dari hospital yang merawat adik Izz) cadangkan untuk bawa adik Izz berjumpa dengan paediatricians di hospital yang merawatnya. Ini kerana, pada pandangannya adik Izz sepatutnya ada kad OKU (Orang Kelainan Upaya). Jadi, jika adik Izz OKU, aku boleh hantarnya ke sekolah pendidikan khas. Ada orang yang lebih arif untuk melatih adik Izz. Untuk itu, adik Izz perlu berjumpa dengan paediatricians terlebih dahulu.
Lagipula adik Izz sekarang masih menjalani terapi pertuturan di HKL kerana masalah ‘speech delay'nya. Hendak jumpa paediatricians di pediatrik, adik Izz perlu dapatkan ‘referred letter' daripada doktor yang merawatnya. Haaa, bab ini yang ambil masa. Sampai sekarang, aku masih menunggu jawapan daripada doktor yang merawatnya untuk bawa adik Izz berjumpa paediatricians.
Semoga dipermudahkanNYA.

Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!