HOME TPN DUA BEBANAN?

Home TPN satu bebanan tu, dah baca ke belum? Gambar pada entri berkenaan, gambar hampir complete bilik khas anak aku. Ambil masa juga aku nak slot sikit-sikit kelengkapan tu semua. Maklumlah, semuanya bergantung kepada kos. Nak beli sekaligus, faham-fahamlah. Aku ni bukannya orang senang.

Masa mula-mula anak aku discaj untuk Home TPN, aku recycle babycot anak sulung aku untuk anak aku yang sakit ni. Babycot kayu, which is tidak digalakkan oleh pihak hospital. Tapi, mereka boleh kompromi buat sementara. "JIKA BOLEH, JANGAN GUNA PERABOT KAYU". Tak apalah, sementara saja. Katil penjaga pula, Alhamdulillah memang dah ada. Cumanya, aku perlu usung dari kampung. Mujurlah muat kereta kecil aku tu.


Babycot kayu ni, rasanya dah masuk tahun kedua Home TPN, ke tahun ketiga (aku tak ingat) barulah aku dapat tukar ke babycot besi. Itupun kerana ada seorang hamba Allah ni bermurah hati untuk sumbangkan kos babycot besi (seperti di wad). Rezeki anak aku, Alhamdulillah dan terima kasih.

Aku beli direct di Kilang Perabot Hospital di Sri Kembangan tu. Yup, memang mahal. Kos babycot dan tilam khasnya saja, dalam RM1###.##. Ada rezeki lebih, aku tempah sekali dengan katil penjaga (katil dewasa seperti di wad) tapi tanpa tilam khas kerana setakat itu saja bajet yang aku ada.

Barang-barang yang seperti di hospital, memang aku akui sangat mahal. Aku pernah tanya di wad, jika aku boleh dapatkan perabot-perabot berkenaan yang ingin dilupus, tapi tiada. Kalaupun ada, prosesnya agak leceh.

Oklah, nanti bab HOME TPN TIGA BEBANAN, aku cerita pasal medical supplies dan storage pulak ye. Aku ni rajin menaip, sekejap saja. Oklah. See ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم