HOME TPN SATU BEBANAN?

Empat malam anak aku di ICU Hospital Putrajaya sebelum dia dipindahkan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Masa anak aku dipindahkan tu, anak aku diletakkan di PHDW kerana PICU sedang renovation. Kali pertama anak aku di IPHKL, 6 bulan lamanya dia ditahan. Rasanya dalam 2 minggu di PHDW, selebihnya di Wad KK4.

"Home TPN program", kata doktor selepas beberapa bulan anak aku di wad. Itu je caranya kalau aku nak anak aku discaj. Anak aku ni bergantung dengan TPN kerana ususnya terlalu pendek, jadi takkanlah anak aku perlu di wad selama dia perlukan TPN?! Jika ada jaminan anak aku akan stop TPN, mungkin aku tidak kisah warded beberapa bulan/tahun. Tapi anak aku ni TPN for life, eh takkan lah for life di wad?

Lama aku ambil masa untuk siapkan bilik khas (kriteria utama Home TPN) untuk anak aku ni. In fact, sampai sekarang pun masih ada yang belum complete. Aku dahulukan apa yang utama, then aku tambah/tukar sedikit demi sedikit bergantung kepada modal.


Mula-mula sekali aku tempah mesin untuk anak aku dulu. Ada 2 mesin masa tu, infusion pump dan syringe pump. Satu untuk TPN dan satu lagi untuk Lipid. Supplier waktu tu, pihak wad yang carikan. Mahal. Dua mesin ni kecik je, tapi harganya .. emmm RM7100.00. Bila ada mesin, kenalah ada drip stand pulak. Kalau tak ada drip stand, macamana nak gantung TPN dan letak mesin-mesin tu?!

Sambil tunggu mesin tu sampai, sambil tu buat renovation sikit dalam bilik khas anak aku ni. Mula sekali, wiring (pendawaian). Dalam bilik khas nanti akan ada 1 peti ais (untuk simpan TPN), dua mesin pump dan 1 unit aircond. Jadi, boleh agaklah kan berapa port aku kena tambah? Ngee... Satu lagi, ni penting. Dalam bilik khas, kena ada sinki. Iya, sinki. Ini tak boleh kongsi, memang khas untuk urusan dalam bilik khas sahaja.

Emmm, aku dah blank pulak. Susah juga nak refresh memori bertahun dahulu. Takpalah, nanti aku sambung next entri "HOME TPN DUA BEBANAN???" pula ye. Oklah! See ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم