HOME TPN TIGA BEBANAN?

Aku dah story pasal bilik khas, aku dah story sikit-sikit pasal perabot dalam bilik khas, dan sekarang aku rasa aku nak story pasal storage pula. Banyak juga tempat storage dalam bilik khas anak aku ni.

Yang utama jelas ternampak semestinya peti sejuk. Peti sejuk ni memang khas untuk anak aku je. Sesiapa pun tak boleh pakai. Peti sejuk ni gunanya untuk simpan bekalan nutrisi (TPN) dan bekalan ubat anak aku. Itu sahaja. Ini kriteria Home TPN. Tidak boleh berkongsi peti sejuk, tidak boleh letak makanan dan tak bolehlah macam-macam selain TPN dan ubat.

Storage yang aku belum mampu sediakan ialah rak besi untuk aku simpan medical supplies anak aku. Mahal sangat harganya kat Kilang Perabot Hospital tu, makan riban-riban. Tapi takpa, buat masa sekarang, aku simpan keperluan perubatan anak aku dalam rak plastik je. Ala, almari tingkat tu! Aku asingkanlah ikut compartment. Apa yang aku isikan dalam tu, nantilah next story HOME TPN EMPAT BEBANAN? pulak aku cerita ye. Hehehe.


Aku ada storage untuk simpan pakaian anak aku, sarung bantal, sarung tilam, lapik, napkin dan pelbagailah lagi. Bab pakaian, biasanya wife aku basuh secara berasingan dengan pakaian orang lain. Kalau dalam mesin basuh tu ada pakaian anak aku, janganlah aku mengada-ngada letak pakaian aku atau anak-anak yang lain, memang kena sembur. Hihihi. Ikutkan, takda masalah pun nak campur tapi ni salah satu effort wife aku supaya dia yakin pakaian anak aku yang istimewa ni, betul-betul bersih.

Itu je storage yang ada pun. Takat nak simpan mandian-mandian bagai, bedak-bedak bagai, minyak-minyak bagai, aku letak dalam bekas tupperware je. Hahaha. Bab storage ni, peti sejuk je lah yang mahal harganya. Lain-lain tu, Alhamdulillah dalam range mampu beli. Oklah. Aku nak sambung kerja. Next aku story lagi ye. See ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post