HOME TPN MEMBEBANKAN?

Berapa ramai yang under HPN program ni? Setakat yang aku tau lah kan, termasuk anak aku ni ada 6 orang anak istimewa yang sedang Home TPN. Ada yang dah lama dan ada yang masih baru. Kriteria Home TPN sama je rasanya, kalau ada lebih sikit pun, itu atas inisiatif ibu bapa. Iyalah, masing-masing ingin beri yang terbaik buat anak. Masing-masing tak mahu anak masuk wad semula. Tak mudah, tapi bisa dilakukan.

Jadi, betul ke Home TPN ni membebankan? Nak sediakan bilik khas memang makan kos tinggi, itu aku akui. Nak sediakan kelengkapan asas dalam bilik khas tu, berkira-kira tau. Ambil masa lama untuk cukupkan keperluan. Jika berharta, mungkin tak susah. Jika macam aku, terpaksalah sikit-sikit. Tapi kerana fikirkan anak yang sedang sakit, usaha juga mana yang termampu. Sematkan dalam hati, BIAR APAPUN, BIARLAH ANAK BERADA DIRUMAH.

Banyak barang yang hanya perlukan modal sekali sahaja. Contohnya renovation, wiring, perabot, storage dan lain-lain keperluan. Daripada duit gaji, simpanan dan sumbangan semua (terima kasih), sikit-sikit aku siapkan bilik khas anak aku. Yang berterusan perlukan modal ialah medical supplies untuk pesakit.

Untuk mengelakkan jangkitan kuman (infections), banyak keperluan perubatan adalah disposable items (pakai buang). Ini untuk menjamin kebersihan dan sterility dalam menjaga pesakit. Tak banyak pun barang-barang yang melibatkan penjagaan pesakit ni. Kalau anak aku, dia perlukan dressing sets, heparine saline, normal saline, water for injections, povidine iodine, syringe 3ml, syringe 5ml, stopper, Hypafix, Transpore, handrubs, cottons ball, gauze swab, surgical glove, facemask, wet tissues, bla..blaa...blaaa....(macam banyak lah pulak).


Itu antara medical supplies yang anak aku perlukan khusus untuk penyediaan nutrisi (TPN) dan dressings tiub (CVL). Pembekal medical supplies pula, ada beberapa, bergantung kepada stok dan harga. Kalau pharmacy sana murah, aku beli kat sana. Kalau pharmacy sini murah, aku beli kat sini. Tang medical supplies ni yang kadang-kadang aku short. Maksudnya kadang-kadang aku berduit nak beli, kadang-kadang aku tak berduit nak beli.

Sebab tu lah ..... Oklah, nanti aku sambung cerita. Aku dah malas pulak menaip. Jari kremmm! Nanti aku continue ye. Aku janji. See ya!

1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post