JOM BALIK KAMPUNG NENEK

Cuti sekolah. Dah berapa kali cuti sekolah aku janji pada anak-anak untuk balik kampung, tapi tak balik-balik juga. Kali terakhir anak-anak aku balik kampung nenek dan bermalam, tahun 2015. Bayangkan dah berapa lama tak balik tu? Actually, tahun 2016 aku dan anak-anak ada balik, tapi balik hari. Pagi sampai, petang dah cauuuu!

Itu anak sulung dan anak kedua aku. Anak ketiga aku? Emmm, last sekali dia ke rumah nenek tahun 2013 masa umur 4 bulan. Itupun balik cuti hari raya. Lepas tu anak aku sakit, memang dia tak balik-balik dah. Apakan daya, bukan taknak balik tapi....(korang pun tau pasal apa, kan).


Cuti sekolah kali ini 9 hari dan kebetulan anak aku yang sakit kronik ni ada di rumah (Home Parenteral Nutrition). Jadi, aku nekad hantar anak-anak ke kampung nenek mereka. Hantar mereka je, bukan anak bongsu aku sekali. Mulanya kasihan nak hantar mereka, bukan apa, kesian pulak anak no.3 aku ni takda kawan selama seminggu. Ngadap muka aku dan mamanya saja, bosan juga kan? Hehehe.

So, aku skip sehari biar mereka luang masa bersama dan hantar mereka plus seorang anak buah aku pada hari Ahad. Aku macam biasa lah, balik hari je. Maklumlah, anak istimewa aku ni petang-petang hari nak kena on TPN. Jadi aku tak boleh tinggal lama-lama. Lambat on nutrisi (TPN), lembik pulak anak aku nanti takde tenaga.


Sampai hari ni, dah 6 hari anak-anak aku kat rumah nenek. Aku tak ganggu pun mereka disana, apa-apa update, nenek mereka akan Whatsapp aku. Bahagia dan bebas mereka disana. Macam-macam aktiviti buat dengan nenek. Ni aku sedang fikir, nak jemput mereka pada hari Sabtu ke, hari Ahad? Sorang suruh ambil Sabtu, sorang lagi suruh ambil hari Ahad. Tengoklah macamana. Kalau tak puas lagi, aku pontengkan sekolah saja mereka selama seminggu. Exam pun dah habis. Hehehe.

Tengoklah macamana. Yang penting, mereka tahu yang mereka ada nenek dan mereka juga ada opah. Tak berat kemana-mana, sama-rata. Oklah. Next aku sambung story. Banyak story ni, tapi....... Nantilah. Ok, see ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post